Saturday, May 18, 2013

Lima Amalan Yang Dapat Membantu Ketika Berada di Hari Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW telah di pelihatkan oleh Allah SWT seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah SAW  berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Lalu berkata  Jibrail kepada baginda : "Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua."

Alangkah ruginya kita apabila masa hidup di dunia telah diberikan peluang oleh Allah SWT kita mensia-siakan  umur kita berlalu begitu sahaja sedangkan kita tidak menggunakan sepenuhnya untuk menfaat kehidupan dihari akhirat nanti.

Sebagaimana di dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”(Hadis Riwayat Tarmizi).

Nabi SAW mengajarkan kepada kita doa : "Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika" Maksudnya, “Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku iaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat).” (Hadis riwayat Ibnus Sunny)

Perbanyakkan 5 amalan sebagai bekalan sebelum kita dijemput oleh Allah SWT  sebagai ikhtiar kita semasa hidup di dunia ini .

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Memberi sumbangan untuk jihad fisabilillah dan sedekah jariah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya : “Wahai Tuhanku!Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku- ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang soleh.” (Surah al-Munaafiqun ayat 10)

Orang mukmin akan mengambil kesempatan semasa hidup di dunia yang sementara ini untuk membuat pelaburan untuk hari akhirat. Harta yang dimiliki akan dilaburkan untuk jihad fisabilillah, bersedekah, amal jariah dan membantu fakir miskin dan anak-anak yatim. Allah SWT akan menggandakan sedekah kita sehingga 700 kali ganda atau lebih.

Semasa Israk dan Mikraj baginda diperlihatkan : "Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW dibertahu oleh Jibrail : 'Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.' ."

Kedua : Menuntut ilmu, mengajarkannya dan mengamalkan ilmu tersebut.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran surat Al-Mujaadalah ayat 11 : “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”.

Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah SWT dan senantiasa didoakan oleh para malaikat. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam mewajibkan kita menuntut ilmu fardu kifayah yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredai Allah SWT.

Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut fardu ain iaitu  ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syarak. Ilmu yang dimiliki perlu disampaikan dan disebarkan kepada semua manusia supaya dapat dimanfaatkan dan sebagai saham dan pahala yang berterusan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya" (Hadith Riwayat Muslim)

Istiqamah secara umumnya bermaksud menumpukan komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan kesungguhan. Istiqamah adalah sikap terpuji yang perlu diamalkan oleh setiap individu muslim terhadap ilmu yang dimilikinya.  Firman-Nya yang bermaksud : "Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepada-Nya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhi-Nya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus."(Surah Al Hajj ayat 54).

Ketiga : Memperbanykkan berzikir kepada Allah SWT.

Orang-orang mukmin, menganggap bahawa hidup didunia ini hanya sementara dan diakhiratlah tempat yang kekal abadi. Mereka akan sentiasa mengingati Allah SWT dan sentiasa berzikir supaya hati mereka akan menjadi tenang dan tenteram dan sentiasa reda dengan qadak dan qadar dari Allah SWT

Firman Allah SWT. yang bermaksud :“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah (zikrullah) hati menjadi tenteram.”(Surah Ar-Ra’d ayat 28).

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :”Tidak duduk satu jemaah mengucap zikrullah, melainkan (di tempat itu) telah di kelilingi malaikat-malaikat yang dipenuhi rahmat dan diturunkan kepada mereka sakinah (ketenangan).”(Hadis Riwayat Muslim)

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda maksudnya :  "Sesiapa yang mengucapkan la ilaha illallah wahdahu la syarika lah. Lahu-l-mulku wa lahulhamdu wa huwa 'ala kulli syay'in qadir sebanyak 100 kali dalam sehari, dia akan mendapat pahala memerdekakan 10 hamba, ditulis baginya 100 kebajikan, dihapuskan daripada 100 kejahatan, dan dia dilindungi daripada godaan syaitan sejak hari itu hingga petang. Tidak seorang pun yang datang membawa hasil yang lebih baik daripada yang diperolehnya, kecuali dia melakukan lebih banyak daripada itu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Semasa Mikraj Nabi SAW naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW , Nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH .

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim a.s. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: "Mahu ya Rasulullah". Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

Keempat : Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT. Bertaubat dan beristighfarlah setiap hari kerana Nabi SAW beristighfar 100 kali sehari. Sesiapa yang sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dia akan bersih daripada dosa-dosa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."  (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda maksudnya  : “Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman : “Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih suka kepada taubat hambaNya dari pada salah seorang di antaramu yang menemukan barangnya yang hilang di padang. Barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaKu sejengkal maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaKu sehasta, maka Aku mendekatkan diri kepadanya satu depa. Apabila ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari kecil. (Hadis Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik ra., ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda : Allah berfirman maksudnya : “Wahai anak Adam ( manusia ), sesungguhnya selama kamu berdoa dan mengaharap kepadaKu, Aku memberi keampunan kepadamu terhadap apa (dosa ) yang ada padamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adam seandainya dosamu sampai ke langit kemudian kamu minta ampun kepadaKu maka Aku memberi ampun kepadamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adaml, sesungguhnya apabila kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian kamu menjumpai Aku dengan tidak mensekutukan Aku dengan sesuatu nescaya Aku datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi”. (Hadits Riwayat Tirmidzi).

Kelima : Perbanyakkan membuat kebaikan dan solat tahajud dan kepada Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."(Hadis Riwayat Muslim).

Allah SWT menceritakan bahawa ahli syurga adalah mereka yang ketika di dunia ini banyak membuat kebaikan dan mengerjakan solat tahajjud. Firman Allah SWT maksudnya :“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Surah al-Israa’ ayat 79)

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat 15-18)

Sahabat yang dikasihi Allah,
Marilah sama-sama kita beramal dengan beramal dengan amalan yang diwajibkan oleh Allah SWT dan meninggalkan segala dosa dan larangan-Nya, dan perbanyakkan 5 amalan yang dinyatakan di atas sebagai bekalan dan persiapan kita menghadapi hari yang tidak ada sesiapa yang boleh membantu kita ketika itu  melainkan amalan yang kita bawa bersama dengan  ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

Amalkanlah doa yang sering di amalkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab. Beliau pernah berdoa kepada Allah SWT : "Wahai Tuhanku, peliharalah aku dengan Islam sewaktu aku berdiri, peliharalah aku dengan Islam waktu aku duduk, peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidor. Janganlah Engkau biarkan terhadap diriku musuh dan orang-orang yang dengki terhadap diriku"

Friday, May 17, 2013

Soal Jawab Agama Siri 14 (Politik Islam, Adab Menuntut Ilmu, Berbaik Sangka, Buruk Sangka, Fadilat Kalimah Hauqalah dan Lain-lain)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 14 adalah menjawab persoalan politik Islam, adab menuntut ilmu, berbaik sangka, buruk sangka, fadilat kalimah hauqalah, mencaci mayat, zakat, balasan tak bayar zakat, sedekah sumber yang haram, fardu haji , doa makan dan kebaikan dunia dan akhirat.

261.Soalan. Apakah yang dimaksudkan bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna dan apakah perbezaan di antara mereka yang menggunakan politik untuk agama berbanding dengan mereka yang menggunakan agama untuk politik? Jika terdapat perbezaan minta tolong diperjelaskan?

Islam adalah agama (ad-deen) yang lengkap dan sempurna yang meragkumi semua aspek kehidupan manusia. Dalam Islam terdapat bahagian akidah (tauhid) , ibadah, akhlak, pendidikan, kemasyarakatan, munakahad (kekeluargaan) , muamalat (ekonomi), siyasah (politik), perhubungan antara bangsa dan sebagainya.

Politik tidak boleh dipisahkan dengan ajaran Islam kerana politik adalah sebahagian daripada syariat Islam. Tertegaknya Daulah Islamamiah di Madinah menandakan bahawa perlaksanaan politik Islam telah dijalankan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda.

Menggunakan Politik Untuk Islam

Mereka yang menggunakan politik untuk Islam adalah mereka yang mengutamakan atau meletakkan Islam ditempat yang paling tinggi dan aktiviti politik itu hanya wasilah(jalan) untuk mendaulatkan Islam dan merealisasikan Islam dalam kehidupan. Berusaha untuk melaksanakan hukum hudud, qisas dan diyat sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW. Semua bentuk amalan dan perbuatan yang bertentangan dengan Islam akan ditinggalkan.

Semua urusan politik adalah urusan harian yang bersangkut paut dengan kehidupan masyarakat iaitu urusan perniagaan (jual beli) , kerja-kerja kebajikan, dakwah dan tarbiah, amar makruf nahi mungkar, bantu-membantu, ziarah menziarahi, sedekah, pembangunan fizikal,  membangunkan kemajuan sain dan teknoloji dan lain-lain semuanya dilakukan semata-mata mencari keredaan Allah SWT dan tidak bertentangan dengan syariat Islam itu sendiri. Semasa menjalankan aktiviti-aktiviti sesama manusai tidak melakukan rasuah, menipu, pilih kasih, mengambil riba, tamak haloba, hasad dengki, tidak membuat fitnah dan tidak mendedahkan aib orang lain. Matlamatnya bersih dan jalan-jalan yang digunakan juga bersih.(yang dibenarkan oleh syarak). Jika menjadi pemimpin akan bersifat jujur dan amanah dan bersikap adil.

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan(Kaffah), dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”
(Surah Al-Baqarah ayat 208).

Allah SWT menghendaki agar hamba-Nya bila memilih Islam sebagai pedoman hidupnya jangan ambil setengah-setengah, tetapi harus di ambil sepenuhnya dengan keyakinan menjalankan syariat Islam sesuai denga perintah dan larangan-Nya.

Peribadi mereka yang menggunakan politik untuk Islam adalah peribadi mukmin yang sentiasa berada di jalan yang hak , berlemah lembut dan mudah memaafkan kesalahan orang lain.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidaklah seseorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia.” (Hadis Riwayat Muslim)

Menggunakan (Memperalatkan) Islam untuk politik
 

Mereka yang menggunakan Islam untuk politik adalah mereka yang memperalatkan agama demi kepentingan politik mereka. Politik diletakkan di atas sekali sedangkan Islam diletakkan dibawah. Jika politik mereka sesuai dengan Islam baru mereka ambil Islam tetapi jika bertentangan dengan Islam maka Islam mereka tinggalkan dan mereka tetap dengan pendirian mereka. Demi memertabatkan kuasa politik sanggup mengadaikan prinsip Islam.. Mereka akan menggunakan semua cara samaada halal atau haram untuk mencapai matlamat. Kaedah ini dipanggil, "matlamat menghalalkan cara".

Mereka sanggup membuat fitnah, dedahkan aib orang lain, menuduh zina atau liwath (mereka cipta vedio lucah), mengupah bloger-bloger dan media cetak untuk maki hamun, mengutuk, menghina, menimbulkan kebencian kaum, berbohong, menipu, manipulasi isu-isu, menyebarkan dakyah palsu melalui akhbar, television, media letronik dan mencipta akta-akta baru yang bertentangan dengan hak kebebasan yang dibenarkan oleh Islam.

Seruan mereka kepada asyabiah kaum bukan kepada penyatuan umat Islam sejagat. Mereka tidak berlaku adil kepada kaum lain dan sering menimbulkan ketegangan dan penghinaan. Sedangkan keadilan Islam meragkumi semua rakyat yang memerlukan keadilan dan pembelaan tidak kira samaada mereka orang Islam atau bukan Islam.
 

Firman Allah SWT :

ŰŁَفَŰȘُŰ€ْمِنُونَ ŰšِŰšَŰčْ۶ِ Ű§Ù„ْكِŰȘَِۧۚ وَŰȘَكْفُ۱ُونَ ŰšِŰšَŰčْ۶ٍ

Maksudnya: “Adakah kamu beriman dengan sebahagian Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain?”. (Surah Al-Baqarah ayat 85)
 

Firman Allah SWT maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Maaidah ayat 8)

262. Soalan: Apakah adab-adab ketika menuntut ilmu?

Menuntut ilmu adalah satu amalan yang sangat dituntut. Terdapat hadis Nabi SAW yang menjelaskan adab-adab ketika menuntut ilmu semoga mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Daripada Abu Waqid al-Laitsi r.a berkata, "Rasulullah SAW  sedang duduk di masjid bersama orang ramai ketika menyampaikan ceramahnya, tiba-tiba datang tiga orang lelaki. Dua daripada mereka mendatangi Nabi SAW., sedang yang seorang lagi terus pergi begitu saja. Seorang daripada mereka mencari-cari ruang yang kosong dalam majlis itu, lalu dia duduk di situ. Dan yang seorang lagi terus duduk di belakang.

Setelah Rasulullah SAW. selesai memberikan pengajian, Baginda bersabda yang bermaksud, "Perhatikanlah, kuberitahukan kepada anda sekalian tentang orang yang bertiga itu. Seorang antaranya mencari tempat di sisi Allah, maka Allah melapangkan tempat baginya. Orang kedua malu-malu maka Allah malu pula padanya. Dan orang yang ketiga jelas berpaling , maka Allah berpaling pula daripadanya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

263.Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan bersangka baik (husnul zon) dengan Allah SWT  dan bersangka baik sesama manusia?

 Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Allah SWT. berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku."
(Hadis Riwayat al-Bukhari).

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaaan kamu berbaik sangka dengan Allah." (Hadis Riwayat Muslim)

Maksud bersangka baik dengan Allah ialah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap.

Ciri-ciri seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah :

1. Apabila melakukan sebarang ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah SWT akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.

2. Apabila berdoa dia tahu bahawa Allah SWT akan memakbulkan doanya.

3. Apabila dia berdosa, segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah SWT akan menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.

4. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.

Bagaimana pula cara kita bersangka baik sesama manusia..?

1. Tidak menyebarkan keburukan saudara seIslam yang lain. Apabila mendapat berita daripada orang fasik untuk aibkan saudaranya dia siasat dahulu dan tidak akan mudah mempercayainya.

2. Nasihat-menasihati dan lengkap melengkapi andai ada kekurangan yang terserlah pada saudaranya.

3. Saling mendoakan kesejahteraan saudaranya tanpa diketahuinya.

4. Mudah memaafkan kesalahan saudaranya.

Secara mudahnya, berbaik sangka (husnul zon) ini sama maksudnya dengan berfikiran positif

Sikap berbaik sangka (husnul zon) adalah amalan yang dituntut Islam kerana perbuatan ini dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat keburukan yang secara tidak langsung jika tidak mempunyai bukti yang kukuh menjadikan kita pemfitnah.

Firman Allah SWT: yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain; dan janganlah ada diantara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujuraat, ayat 12)

264.Soalan: Apakah yang dimaksudkan buruk sangka (su'- ul zon)?

Buruk sangka (su'-ul zon) adalah salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (buruk dan tercela). Manakala mencari-cari kesalahan orang lain pula hadir apabila wujudnya sangkaan buruk di dalam hati manusia. Apabila timbulnya buruk sangka, maka sudah tentu rasa ingin mencari kesalahan seseorang itu timbul sehingga terbukalah kesalahan, aib atau kelemahan seseorang itu yang menyebabkan si pelaku itu berasa puas. Ia adalah suatu penyakit hati yang akan menyerang sesiapa sahaja. Hanya keimanan dan ketakwaan yang kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan mencari kesalahan orang lain ini.

Allah Ta’ala berfirman.

يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ ۧۏْŰȘَنِŰšُÙˆŰ§ كَŰ«ِÙŠŰ±ًۧ مِّنَ Ű§Ù„Űžَّنِّ Ű„ِنَّ ŰšَŰčْ۶َ Ű§Ù„Űžَّنِّ Ű„ِŰ«ْمٌ ۖ وَلَۧ ŰȘَŰŹَŰłَّŰłُÙˆŰ§

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” (Surah Al-Hujurat ayat 12)

Dalam ayat ini terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakan prasangka, kerana sebagian tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa. Dalam ayat ini juga terdapat larangan berbuat tajassus. Tajassus ialah mencari-cari kesalahan-kesalahan atau keburukan atau aib orang lain, yang biasanya merupakan kesan dari prasangka yang buruk.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

Ű„ِيَّۧ كُمْ وَŰ§Ù„Űžَّنَّ فَŰ„ِنَّ Ű§Ù„Űžَّنَّ ŰŁَكْŰ°َŰšُ Ű§Ù„ْŰ­َŰŻِيْŰ«ِ وَÙ„Ű§َ ŰȘَŰ­َŰłَّŰłُÙˆŰ§ وَÙ„Ű§َ ŰȘَŰŹَŰłَّŰłُÙˆŰ§ وَÙ„Ű§َ ŰȘَŰ­َۧ۳َŰŻُÙˆŰ§ وَÙ„Ű§َŰȘَŰŻََۧۚ۱ُÙˆŰ§ وَÙ„Ű§َŰȘَŰšَۧŰșَ۶ُÙˆŰ§ وَكُوْنُÙˆŰ§ŰčِŰšَۧۯَŰ§Ù„Ù„َّهِ Ű„Ű­ْوَŰ§Ù†ًۧ

Maksudnya : “Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling inti-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” (Hadis Riwayat  Al-Bukhari no. 6064 dan Muslim no. 2563 )

Amirul Mukminin Umar bin Khathab berkata, “Janganlah engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan persangkaan yang baik. Dan hendaknya engkau selalu membawa perkataannya itu kepada prasangka-prasangka yang baik”

Sufyan bin Husain berkata, “Aku pernah menyebutkan keburukn seseorang di hadapan Iyas bin Mu’awiyyah. Beliaupun memandangi wajahku seraya berkata, “Apakah kamu pernah ikut memerangi bangsa Romawi?” Aku menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya lagi, “Kalau memerangi bangsa Sind , Hind (India) atau Turki?” Aku juga menjawab, “Tidak”. Beliau berkata, “Apakah layak, bangsa Romawi, Sind, Hind dan Turki selamat dari keburuknmu sementara saudaramu yang muslim tidak selamat dari keburukanmu?” Setelah kejadian itu, aku tidak pernah mengulangi lagi berbuat seperti itu” ( Bidayah wa Nihayah, Ibnu Kathir (XIII/121)

Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata: Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan senantiasa sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri dan melupakan keburukan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa gelisah. Setiap kali dia melihat keburukan yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat keburukan yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang senantiasa sibuk memperhatikan keburukan orang lain dan melupakan keburukannya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan keburukan dirinya”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.131)]

Beliau juga berkata,:“Tajassus adalah cabang dari kemunafikan, sebagaimana sebaliknya prasangka yang baik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mahu membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.133)]

265.Soalan: Apakah fadhilat membaca kalimah hauqalah iaitu  " La hawla wala quwwata illah billah"?

Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

Hadis ini adalah riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath dan al-Hakim yang berbunyi: “Man Qala La Haula wala Quwwata Illa Billahi Kana dawa’an min tis’atin wa tis’iina da’in, aisaruha al-Hammu” dan maksudnya adalah seperti di atas.

Intipati hadis tersebut adalah umat Islam digalakkan untuk tabah dan berusaha merawat penyakit asalkan mengikut peraturan agama. Penyakit yang dimaksudkan itu ada terkandung dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Daripada Anas, bahawa Rasulullah SAW berdoa dengan doa: “Allahumma innii ‘auuzhu bika minal barashi wal junuuni wal-juzaami wa sayyi’il asqaam (yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit yang berat).” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Begitu juga hadis riwayat Abu Daud menyebut bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Allahuamma Inni a’uuzu bika minal hammi wal hazan, wa ‘auuzhubika minal ‘ajzhi wal kasal, wa’auuzhu bika minal Jubni wal-Bukhl, wa’uuzhubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal (yang bermaksud: “Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu daripada penyakit gelisah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada pengecut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada timbunan hutang dan penindasan orang.”

Apa yang penting pada hadis berkenaan ialah untuk menyatakan kelebihan dan manfaat besar kepada orang yang banyak menyebut ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’. Maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah.  Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah. Kemudian baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.”

Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: " Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: "Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui". Rasulullah SAW bersabda: "La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”

Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia boleh menjadi penyakit.

266.Soalan: Apakah itu istidraj?

Istidraj adalah pemberian Allah SWT kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredainya dan kejadian luar biasa yang diberikan kepada orang fasik yang mengaku mempunyai kelebihan luar biasa dengan mengemukakan pelbagai dalil untuk menguatkan kebohongannya.

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat (derhaka) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah.”

Firman Allah SWT maksudnya : "Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)." ( Surah al-An’aam ayat 44)

Ayat di atas memberi peringatan kepada kita agar jangan terpedaya dengan kurniaan yang terus menerus kita perolehi sedangkan kita terus juga tidak berbuat taat kepada Allah SWT, sebaliknya kita asyik dengan kemaksiatan. Sekiranya kurniaan itu turun melalui saluran istidraj, kesudahannya kita akan mengalami kejatuhan dan penderitaan yang amat sangat.

Allah SWT sentiasa mengirimkan peringatan untuk mengajak manusia kembali ke jalan-Nya. Biasanya peringatan yang datang itu membawa bersama-samanya kesusahan yang menekan jiwa manusia agar manusia insaf dan mahu kembali kepada Allah SWT dengan merendahkan diri.

Di dalam tempoh kemelaratan itu biasanya manusia menjadi insaf dan suka berbakti pada jalan Allah SWT. Kemudian Allah SWT gantikan kemelaratan dengan kesenangan sebagai ujian untuk mengasingkan yang benar-benar insaf daripada yang pura-pura. Bila kesenangan sudah dirasai kembali orang yang tidak teguh imannya akan kembali kepada kemaksiatan dan kemunkaran. Mereka memberi alasan bahawa kesenangan dan kesusahan adalah lumrah kehidupan sebagaimana yang pernah dirasai oleh nenek moyang mereka yang dahulu, bukan berkait dengan soal beriman atau tidak seseorang itu kepada Allah SWT. Mereka kembali lalai dalam arus kesenangan dunia. Ketika mereka sedang asyik leka itulah Tuhan datangkan kebinasaan kepada mereka.

267.Soalan: Adakah ada hadis mengenai larangan menyakiti dan mencaci mayat  dan duduk di atas kubur ?

Haram hukumnya kita menyakiti dan mencaci orang yang sudah meninggal.  Aisyah r.ha berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:"Janganlah kamu mencaci maki orang-orang yang telah meninggal dunia. Kerana sesungguhnya mereka telah sampai pada apa yang mereka dahulukan (amalkan baik atau buruk)".

Allah telah menetapkan bahawa mayat mempunyai kehormatan yang wajib dipelihara sebagaimana kehormatan orang hidup. Allah SWT telah menetapkan pula bahawa menganiaya mayat sama saja dosanya dengan menganiaya orang hidup.Sesungguhnya mayat mempunyai kehormatan sebagaimana orang hidup. Melanggar kehormatan dan menganiaya mayat adalah sama dengan melanggar kehormatan dan menganiaya orang hidup.

Dan sebagaimana tidak boleh menganiaya orang hidup dengan membedah perutnya, atau memenggal lehernya, atau mencongkel matanya, atau memecah tulangnya, maka begitu pula segala penganiayaan tersebut tidak boleh dilakukan terhadap mayat.

Sebagaimana haram menyakiti orang hidup dengan mencaci maki, memukul, atau melukainya, maka demikian pula segala perbuatan ini haram dilakukan terhadap mayat.

Diriwayatkan dari Aisyah Ummul Mukminin r.ha,  Rasulullah SAW bersabda : “Memecah tulang mayat itu sama dengan memecah tulang orang hidup”(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban)

Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Amar bin Hazm Al-Anshari r.a, dia berkata, “Rasul pernah melihatku sedang bersandar pada sebuah kuburan. Maka baginda bersabda:
‘Janganlah kau menyakiti penghuni kuburan itu!”

Imam Muslim dan Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sungguh jika seorang dari kalian duduk di atas bara api yang membakarnya, nescaya itu lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kuburan”

268.Soalan: Adakah zakat wajib dikeluarkan oleh orang Islam?

Islam meletakkan kewajipan untuk membayar zakat seperti zakat fitrah, zakat perniagaan, zakat harta (wang ringgit, emas, perak dan lain-lain)  mengikut syaratnya.

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam ketiga selepas solat yang wajib ditunaikan apabila cukup nisab dan tempuhnya. Kegagalan melaksanakan pembayaran zakat boleh mendatangkan dosa besar dan harta yang tidak dizakatkan akan menjadi bahan pembakar apa neraka di akhirat nanti.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat." ..(Surah al Baqarah, ayat 110)

Zakat termasuk salah satu kewajiban dalam Islam yang tidak boleh dipisahkan dengan solat, sampai Rasulullah bersabda maksudnya : “Tidak sempurna solat bagi seseorang yang tidak membayar zakat”.

Di samping itu Allah SWT. menyuruh umat Islam untuk  menafkahkan sebagian harta yang dicintainya sehingga boleh dikatakan kebajikan yang sempurna. 


Firman Allah SWT maksudnya : "Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan , tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui. (Surah Ali Imran ayat 92).

269.soalan: Apakah balasan bagi orang Islam yang enggan mengeluarkan zakat?

 
Dosa besar bagi orang yang enggan mengeluarkan zakat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka berilah kabar gembira kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) azab yang pedih, (ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka Jahanam, lalu dengan itu disetrika dahi, lambung, dan punggung mereka (seraya dikatakan) kepada mereka, "inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakan (akibat dari) apa yang kamu simpan itu." (Surah at-Taubah ayat 34 dan 35)

270.Soalan: Adakah boleh kita bersedekah jika wang itu di perolehi melalui sumber yang haram?

Wang yang diperolehi daripada sumber yang haram tidak boleh digunakan untuk bersedekah atau menunaikan haji kerana amal kebaikan tersebut tidak akan diterima oleh Allah SWT. Doa mereka yang memakan daripada hasil yang haram tidak alan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Ibnu Abbas r.a. mengemukakan sebuah hadis di mana baginda Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya Allah mempunyai seorang malaikat di Baitul Maqdis, yang setiap malam berseru: Barang siapa memakan makanan yang haram, tidak akan diterima amalnya sedikit pun, baik yang sunnah mahupun yang wajib." (Hadis Riwayat Ad-Dailamy).

Dan sabda Rasulullah SAW : "Berapa banyak orang yang rambutnya kusut, pakaiannya berdebu, kerana telah melakukan perjalanan jauh, makanannya haram, pakaiannya haram dan hidup dari barang yang haram, ia mengangkat tangannya seraya berdoa: Oh Tuhan, Oh Tuhan! Bagaimana doanya boleh dikabulkan?" (Hadis Riwayat Muslim).

Dan sabda Rasulullah SAW. lagi : "Barangsiapa membeli sehelai baju dengan harga sepuluh dirham sedang di dalamnya ada satu dirham haram, maka Allah tidak menerima solatnya selama wang haram itu masih ada padanya." (Hadis Riwayat Ahmad).

Sabda Nabi SAW : "Barang siapa tidak peduli dari mana ia memperolehi harta, maka Allah pun tidak akan peduli dari pintu mana akan memasukkan ia ke neraka." (Hadis Riwayat Ad-Dailamy).

Dan sabda Nabi SAW  : "Setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka nerakalah tempat yang layak baginya." (Hadis Riwayat At-Thurmudzi).

Dan sabda Nabi SAW : "Barang siapa memperolehi harta jalan yang haram, lalu dengan harta itu ia hubungkan tali silaturrahim atau disedekahkan atau dibelanjakan di jalan Allah, maka Allah akan mengumpulkan semuanya itu dan kemudian dilemparkannya ke dalam neraka." (Hadis Riwayat Abu Daud).

271.Soalan: Menunaikan haji adalah rukun Islam yang ke lima. Adakah menunaikan haji  jatuh hukum wajib ke atas orang yang tidak mampu?

Tidak jatuh hukum wajib ke atas orang yang tidak mampu menunaikan haji. Tetapi hendaklah seorang muslim itu hendaklah berusaha untuk menyempurnakan rukun Islam itu sehingga mencukupi perbelanjaan untuk menunaikan fardu haji. Akan tetapi wajib ke atas orang yang lebih berkemampuan, firman Allah SWT yang bermaksud, "Menunaikan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah,iaitu orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari,maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dari semesta alam.” (Surah Ali-Imran ayat 97)

272.Soalan: Adakah menunaikan haji salah satu jihad?

Menunaikan haji dikira jihad pada masa perjalanannya seperti di dalam kapal terbang. Umar r.a berkata, "Pergilah dengan berkenderaan untuk mengerjakan ibadah haji sebab sesungguhnya haji itu adalah salah satu dari dua macam jihad.”

273.Soalan: Kaum hawa tidak diwajibkan berjihad kerana sifat mereka lemah. Bagaimana cara bagi kaum hawa mendapat ganjaran seperti orang berjihad?

Dalam satu kisah yang diceritakan oleh Aisyah Ummul Mukminin r.ha berkata, "Wahai         Rasulullah, kami melihat bahawa jihad itu seutama-utama amal, apakah kami tidak perlu berjihad?" Nabi SAW bersabda, "Tidak, bagi kalian jihad yang paling utama adalah haji mabrur.”

274.Soalan: Siapakah isteri Nabi Muhammad SAW yang pertama sekali menyusul bersamanya ke syurga?

Mengikut satu riwayat yang menyatakan, Aisyah r.ha berkata, "Sebahagian isteri nabi bertanya kepada nabi, siapakah yang pertama menyusul engkau? Baginda  menjawab, orang yang paling panjang tangan di antaramu. Lalu mereka mengambil buluh yang mereka gunakan untuk mengukur hasta mereka. Ternyata Saudahlah yang tangannya paling panjang. Kemudian kami mengetahui sesudah itu bahawa maksud tangannya panjang adalah sedekah. Memang Saudahlah yang akan menyusul baginda, dan ia senang bersedekah.”

275.Soalan: Apakah ganjaran orang yang menginfakkan hartanya dan orang yang tidak menginfakkan hartanya?

Banyak ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT pada hambanya. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahwa Nabi  Muhammad SAW bersabda, "Tidak ada satu hari pun seorang hamba memasuki pagi harinya melainkan dua malaikat turun. Lalu, salah satu dari keduanya berdoa. "Ya Allah, berikanlah ganti pada kepada orang yang menginfakkan hartanya.” Malaikat yang lain lagi berdoa "Ya Allah berilah kehancuran kepada orang yang menahan infak.”

276.Soalan: Bagaimanakah sekiranya orang miskin ingin melakukan ibadah sedekah, sedangkan dia tidak mempunyai wang ringgit?

Rasulullah SAW. ada menyatakan dalam hadis-hadisnya bahawa sedekah itu boleh di bahagikan kepada tiga jenis iaitu sedekah dengan hati, lisan dan perbuatan.

Pertama sedekah dengan hati :

Niat yang ikhlas dalam apa jua pekerjaan.


Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama."
(Hadis Riwayat Tirmizi).

Nabi SAW  bersabda: ” Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan;' Siapa yang pernah di aniaya oleh fulan boleh datang untuk dibayar'. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: 'Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku,' lalu ia bertanya:' Apakah itu'. Jawab Tuhan: Ia itu niatmu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.' "

Daripada Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setakat lintasan hati kita untuk membuat kebaikan belum dikira mendapat pahala disisi Allah SAW. selagi kita tak merancang dan berazam dengan sungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Hadis diatas menjelaskan keazaman seseorang yang ingin bersedekah sekiranya ditakdirkan memiliki harta seperti orang kaya tersebut.

Kedua sedekah dengan lisan :

 
Berzikir seperti tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.


Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah..."
(Hadis Riwayat Muslim)


Sabda Nabi SAW. lagi yang bermaksud, "Perkataan yang baik adalah sedekah."
(Hadis Riwayat Bukhari)


Antara ucapan yang baik yang dianggap sebagai sedekah adalah memberi salam, mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, berlemah lembut sewaktu bercakap dan tidak menguris hati orang lain.


Ketiga sedekah dengan perbuatan :

 
1. Senyuman, sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah."
 

2. Solat : Solat adalah sedekah untuk diri sendiri. Berjalan ke masjid juga merupakan sedekah.
 

3. Puasa sunat : Puasa sunat adalah sedekah untuk diri sendiri.
 

4. Tidak mampu menunaikan haji dan umrah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Barangsiap yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk menunaikan solat fardu, pahalanya seperti pahala haji. Barangsiapa yang keluar untuk solat Duha dan tidak keluar melainkan hanya untuk itu, pahalanya seperti pahala umrah."
(Hadis Riwayat Abu Daud).
 

5. Manusia mempunyai sebanyak 360 sendi dan sedekahnya ialah solat Duha dua rekaat setiap hari.
 

6. Membuang atau mengalihkan sesuatu yang menghalangi jalan.
 

7. Membersihkan masjid dan menjaga kebersihannya.
 

8. Menolong insan yang memerlukan dan mendamaikan antara dua orang.
 

9. Memberi tumpang seseorang atau barang-barang dengan kenderaan.
 

10. Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat serta membantu orang buta.
 

11. Memberi minum kepada sesama makhluk tidak kira samaada manusia atau binatang.
 

12. Memberi pinjaman wang atau menangguhkan bayaran balik pinjaman sekiranya orang yang meminjam tidak mampu  membayar dalam tempoh yang sepatutnya dilunaskan hutang tersebut.
 

13. Mengajarkan ilmu.
 

14. Menanam apa jua pokok atau tanaman, kemudian dimakan oleh makhluk Allah..

Oleh itu janganlah bertangguh-tangguh untuk bersedekah, walau pun dengan sumbangan seringgit, dengan niat yang baik,  dengan kata-kata yang baik dan senyuman kerana sesungguhnya syaitan akan menghalang anak Adam dari melaksanakan amalan sedekah ini.


277.Soalan: Jika kita bersedekah dengan ikhlas adakah Allah SWT akan menggandakan sedekah kita?

Dengan sifat Pemurah dan Penyayang Allah SWT sesuatu amalan itu boleh digandakan sehingga 700 kali ganda.

Firman Allah SWT maksudnya : “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas rahmat kurnia-Nya, lagi Meliputi Ilmu Pengetahuan-Nya. ”
(Surah al-Baqarah ayat 261)

Membelanjakan harta ke jalan Allah disimpulkan sebagai sebarang perbelanjaan yang disumbangkan mengikut jalan yang disuruh oleh Allah SWT samada memberi bantuan kepada orang-orang yang memerlukan, beri nafkah kepada anak dan isteri, menunaikan haji, mengeluarkan zakat dan sebagainya. Ini semua mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda sehingga mencapai 700 kali ganda.

278.Soalan: Apakah bacaan yang dibaca untuk memasuki rumah dan doa sebelum menjamah makanan?

 
Sabda Nabi SAW  yang bermaksud : "Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca Bismillaah) di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan : "Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu." Dan apabila seorang masuk ke rumahnya , maka dia tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan : "Aku akan bermalam dengan kamu."

Seterusnya apabila dia tidak menyebut Allah di kala makan, maka syaitan akan berkata : "Aku akan dapat bermalam dan makan malam (bersama kamu; kongsi makan)"

(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW telah bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda maksudnya : "Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah.."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi SAW, yang maksudnya : "Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar. maksudnya : Ya Allah, berkahilah rezeki  yang Engkau rezekikan kepada kami, dan peliharalah kami dari seksa neraka." (Hadis Riwayat Ibnu As-Sunni)

Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah satu doa yang diajar oleh Nabi SAW. bila hendak makan: 'Allahumma barik lana fihi wa ath ighmna khairan minhu',  maksudnya: "Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada makanan ini dan kurniakanlah kepada kami makanan yang lebih baik daripadanya."

 279.Soalan: Apakah akibat yang akan diterima oleh seseorang yang bakhil terhadap harta tidak mahu membayar zakat dan sedekah?

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a secara marfu’ yang bermaksud: “Sesiapa yang diberi harta oleh Allah SWT kemudian dia tidak mengeluarkan zakatnya, seekor ular jantan yang besar yang mempunyai dua buah sepit dijadikan untuknya. Ular itu menjad kalungnya pada hari kiamat, kemudia membawanya dengan kedua dua rahangnya (dua tulang yang menonjol di bawah dua telinga), seraya berkata, Aku hartamu, Aku harta simpananmu.” Kemudian Rasulullah SAW membaca ayat 180 daripada surah Ali Imran yang difirmankan oleh Allah SWT:

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?" (Surah Ali-Imran, ayat 180)

280. Soalan.Apakah perkara yang perlu ada untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat?

 
Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :“Ada empat perkara yang apabila diberikan kepada sesaorang sesungguhnya ia telah memperolehi kebaikan dunia dan akhirat.Iaitu :

1. Hati yang sentiasa bersyukur

2. Lisan yang sentiasa berzikir

3.Tubuh yang sentiasa sabar dalam menanggung musibah, dan

4.Isteri yang tidak pernah khianat sama ada terhadap dirinya atau terhadap harta benda (suami)nya.”
 



Thursday, May 16, 2013

Tugas Guru Sungguh Mulia Di Sisi Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Guru adalah seorang pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain.

Firman Allah SWT. di dalam Al-Quran :

ÙŠŰ±ÙŰč Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű°ÙŠÙ† ŰĄŰ§Ù…Ù†ÙˆŰ§ منكم ÙˆŰ§Ù„Ű°ÙŠÙ† ŰŁÙˆŰȘÙˆŰ§ Ű§Ù„Űčلم ۯ۱ۏŰȘ

Maksudnya: “Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat”. (Surah Al-Mujaadalah ayat 11)

Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar, kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru.

Islam meletakkan tugas sebagai guru yang melaksanakan tugas tarbiyah adalah ditempat yang sungguh mulia, seluruh masa yang digunakan dikira sebagai ibadah, setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang kerumah dari sekolah akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa, menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam

Firman Allah SWT. maksudnya : “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”.( Surah al-Nahl ayat 125)

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.

2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.

4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didiknya menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.

Sebagai seorang guru yang beriman dan bertaqwa keempat-empat ciri di atas hendaklah fahami dan dihayati di dalam kehidupannya sebagai pendidik terutama ciri keempat iaitu mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiah anak didiknya menjadi manusia berilmu, bertakwa dan beramal soleh. Jika tugas ini dapat direalisasikan dalam pendidikannya maka kedudukannya sungguh mulia dan akan duduk berdekatan dengan Nabi SAW di hari akhirat nanti.

Sahabat yang dimuliakan,
Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas.

Antaranya ialah:

1- Menyampai akidah dan keimanan yang tulin untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan seksaan-Nya.

2- Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardu ain dan fardu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.

3- Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.

Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghayati nasihat Luqman Al-Hakim sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran:

ÙŠŰšÙ†Ù‰ ŰŁÙ‚Ù… Ű§Ù„Ű”Ù„ÙˆŰ© ÙˆŰŁÙ…Ű± ŰšŰ§Ù„Ù…ŰčŰ±ÙˆÙ ÙˆŰ§Ù†Ù‡ Űčن Ű§Ù„Ù…Ù†ÙƒŰ± ÙˆŰ§Ű”ŰšŰ± Űčلى Ù…Ű§ŰŁŰ”Ű§ŰšÙƒ Ű„Ù† Ű°Ù„Ùƒ من ŰčŰČم Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙˆŰ±

Maksudnya: “Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”. (Surah Luqman : Ayat 17)

Sabda Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam yang maksudnya: “Setiap kamu adalah penjaga (pemimpin) dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Untuk mengelakkan gejala sosial daripada merebak dan terus melanda masyarakat kita, maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab guru di sekolah perlulah menanamkan asas akidah Islam dan keimanan kepada Allah SWT. Bentuklah jiwa para pelajar supaya berakhlak dengan akhlak Islam dan takut kepada azab Allah SWT jika melakukan maksiat dan kemungkaran.

Semua guru-guru samaada guru agama atau guru akademik perlu memainkan peranan yang berat ini dan jangan jemu-jemu menasihati, mendidik, membentuk dan mengasuh jiwa para pelajar dengan nasihat yang baik. Guru pula perlulah membawa sahsiah Islam dan akan menjadi contoh dan ikutan para pelajarnya.

Kasihanilah anak-anak didik kita ini dengan tutur kata yang lemah lembut kerana fitrah manusia suka kepada kelembutan. Anggaplah mereka semua seperti anak kita sendiri dekatilah mereka yang bermasaalah dengan penuh kasih sayang seperti seorang ibu yang mengasihi anak-anaknya.

Selain daripada guru-guru yang mengajar di sekolah ibu bapa juga perlulah mengambil tanggungjawab bersama guru untuk memikul tugas yang besar dan berat ini dan meneruskan pendidikan dirumah pula. Pihak sekolah pula perlu memperbanyakkan aktiviti-aktiviti ko korikulum yang menjurus kepada insan beriman dan bertaqwa iaitu dengan menganjurkan kem motivasi, smart solat, khemah Ibadah, qiyamulail, kelas hafazan, tazkirah ,kuliah agama dan group usrah di waktu-waktu cuti atau hujung minggu.Lebihkan aktiviti berbentuk agama daripada aktiviti-aktiviti lain kerana waktu mata pelajaran agama Islam yang diajarkan terlalu sedikit untuk menampung keperluan ilmu dan tarbiyah kepada para pelajar.

PIBG sekolah juga boleh mengembeling tenaga bersama ibu bapa dan guru merangka program yg bermanfaat. Apabila aktiviti ini dapat dilaksanakan bermakna kita telah sama-sama menyokong serta memartabatkan profesyen keguruan, sekaligus melaksanakan konsep amar ma’ruf dan nahi munkar.

Sahabat yang dihormati,
Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum Ad-Diin menjelaskan supaya kita mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak, dengan mengajar Al-Quran, Hadis-hadis Nabi Sallallahu `Alaihi Wasallam, sejarah para sahabat r.a dan para solihin, hukum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani di sekolah-sekolah.

Antara perkara asas yang mesti diberi perhatian dan penekanan ialah:

1- Mendidik anak dan remaja menunaikan solat secara berterusan. Sabda Rasulullah Salallahu `Alaihi Wasallam:

Ù…Ű±ÙˆŰ§ ŰŁÙˆÙ„Ű§ŰŻÙƒÙ… ŰšŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© وهم ŰŁŰšÙ†Ű§ŰĄ ۳ۚŰč ŰłÙ†ÙŠÙ† ÙˆŰ§Ű¶Ű±ŰšÙˆÙ‡Ù… ŰčÙ„ÙŠÙ‡Ű§ وهم ŰŁŰšÙ†Ű§ŰĄ Űčێ۱ ÙˆÙŰ±Ù‚ÙˆŰ§ فى Ű§Ù„Ù…Ű¶Ű§ŰŹŰč

Maksudnya: “ Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai umur 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun serta pisahkan di antara mereka tempat tidur ”.( Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

Berkata Saidina Ali karramallahu wajhah:

ŰčÙ„Ù…ÙˆŰ§ ŰŁÙˆÙ„Ű§ŰŻÙƒÙ… ÙˆŰŁÙ‡Ù„ÙŠÙƒÙ… Ű§Ù„ŰźÙŠŰ± ÙˆŰŁŰŻŰšÙˆÙ‡Ù…

Maksudnya: “Ajarlah anak-anak kamu dan ahli rumahtanggamu kebaikan dan perbaikilah adab sopan mereka ”.

2- Mempamerkan tingkah laku dan tauladan yang baik.

Firman Allah SWT:

Ù„Ù‚ŰŻ ÙƒŰ§Ù† لكم فى Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰŁŰłÙˆŰ© Ű­ŰłÙ†Ű© لمن ÙƒŰ§Ù† ÙŠŰ±ŰŹÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰ§Ù„ÙŠÙˆÙ… Ű§Ù„ŰŁŰźŰ± ÙˆŰ°ÙƒŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙƒŰ«ÙŠŰ±Ű§

Maksudnya: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan ( keredhaan ) Allah taala dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam masa Sedih dan Senang)”. (Surah Al-Ahzab:Ayat 21)

Marilah kita sama-sama berusaha menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang beriman, berilmu , bertaqwa dan berketerampilan, yang dapat menyumbang kepada pembangunan agama, masyarakat dan negara.

Masyarakat yang ingin kita bina ialah masyarakat Islam yang berwawasan, bercita-cita luhur dan murni, bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan.

Guru membawa misi penyempurnaan akhlak, sebagaimana misi diutusnya Rasulullah SAW . Baginda dengan tegas pernah bersabda: "Innama buitstu liutammima makaarima al-akhlaq, ertinya sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan akhlak (manusia)."

Lantaran itu, tidak salah jika ahli tafsir mengatakan bahwa posisi guru setingkat di bawah Nabi, sebagaimana yang ia pahami dalam sabda Nabi SAW., : "Al-Ulama'u waratsatu al-Anbiya', (Ulama [menurutnya termasuk guru] adalah pewaris para Nabi).

Sahabat yang dikasihi,
Guru yang menyampaikan ilmunya adalah berupa ilmu yang bermanfaat, jika ilmu tersebut di amalkan berterusan hingga ke hari kiamat maka walaupun ia telah kembali ke alam barzakh maka pahalanya akan berterusan diperolehi.Perhatikanlah hadis Nabi SAW. yang bermaksud : "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya (Hadith Riwayat Muslim)

Oleh itu bergembiralah wahai para guru jasamu tetap dikenang , pahalamu tetap berterusan walaupun kau sudah tidak ada di dunia ini

Wednesday, May 15, 2013

Menipu Dengan Mengambil Hak Orang Lain Haram Di Sisi Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah, 
Di dalam ajaran Islam , Islam cukup mengambil berat hak-hak orang lain supaya tidak ada sesiapa dikalangan umat Islam cuba mengambil hak-hak orang lain, walaupun hak tersebut dimiliki oleh orang bukan Islam. Allah SWT memberi ancaman kepada semua penipu, perampas dan "mencuri" hak orang lain tanpa hak dengan ancaman neraka dan seksaan yang berat di hari akhirat.

Perkara-perkara yang dilarang untuk diambil hak orang lain adalah seperti berikut :

Pertama : Tanah. (Pencabulan hak harta tidak wajar dibiarkan walaupun sedikit) :

Jika seseorang telah mengusahakan tanah terbiar berpuluh tahun dan memohon geran daripada kerajaan untuk mendapat geran kekal atau TOL tiba-tiba tanah tersebut diberikan kepada ahli keluarga atau kroni oleh Pegawai Daerah atau pihak berkuasa negeri maka perbuatan tersebut dikira sebagai merampas hak individu tersebut dan akan mendapat dosa besar kerana merampas hak orang lain. Di berikan geran hak milik kepada bukan pengusaha asal tanah tersebut.

Islam amat mementingkan amalan yang ikhlas, jujur, tidak menipu, tidak rasuah dan tidak mengambil hak orang lain. Walaupun darisegi zahirnya tanah tersebut telah ditukar kepada nama seseorang (jika dibawa ke mahkamah akan kalah dalam perbicaraan) tetapi di sisi Allah SWT pegawai terbabit atau pihak berkuasa negeri akan bertanggungjawab kerana menafikan hak sebenar kepada pemilik tanah tersebut.

Dari Said bin Zaid r.a. katanya : "Rasulullah SAW. bersabda :"Sesiapa yang mengambil tanah orang lain sejengkal dengan cara yang zalim(tidak sah), maka akan dikalungkan oleh Allah di hari kiamat dengan tujuh lapisbumi." (Hadis sahih riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, apabila sudah terbukti jelas dan nyata, seseorang melakukan kezaliman, maka menjadi kewajipan umat Islam untuk membela dan memperjuangkan hak. Keutamaan mestilah diberikan dalam usaha menentang kezaliman dan membela hak. 


Kedua : Perbicaraan tidak adil di mahkamah hakim berpihak kepada pihak berkepentingan sahaja.

Jika seseorang menang dalam perbicaraan kerana hakim bersikap berat sebelah dengan memutuskan sesuatu keputusan bukan berdasarkan fakta dan bahan bukti tetapi lebih kepada andaian-andaian dan alasan yang tidak munasabah, maka keputusan tersebut mengundang kemurkaan Allah SWT. 

Hakim perlu bersikap adil dan tidak perlu memandang kepada siapa hukuman patut dijatuhkan, tidak kira samaada dia seorang pemimpin masyarakat atau pun rakyat biasa.

Firman Allah SWT maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Maaidah ayat 8)
Allah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk selalu menegakkan kebenaran dan berlaku adil.

Menjadi seorang hakim wajib berlaku adil dan tidak boleh langsung berat sebelah atau bias untuk memutuskan seseorang bersalah atau tidak. Kerana semua bukti-bukti perlu di ambil kira samaada daripada pihak pendakwa atau pembela , kerana kegagalan seorang hakim berlaku adil sebenarnya dia menyedikan tempat duduknya di dalam neraka Jahanam.

Sabda Nabi SAW maksudnya : "Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk syurga. Yang masuk syurga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang hak tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang hak dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ath-Thahawi)


Sabda Nabi SAW maksudnya : " Lidah seorang hakim berada di antara dua bara api sehingga dia menuju syurga atau neraka. (Hadis Riwayat  Abu Na’im dan Ad-Dailami)

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim*,maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu), kamu tidak mendapat pertolongan" (Surah Huud (11) ayat 113) 

*Tafsir Pimpinan al-Rahman: Iaitu janganlah kamu wahai orang Islam bersahabat, atau bekerjasama, atau bersubahat atau pun menyetujui perbuatan orang yang melakukan kezaliman dalam segala bentuknya; lebih-lebih lagi orang yang menjadi musuh Islam dan umat Islam.

Ketiga : Berlaku penipuan semasa daftar pemilih, penipuan semasa pengundian dan juga semasa ketika kiraan undi di dalam pilihanraya. (memberi kad pengenalan biru kepada warga negara asing  tanpa melalui prosedur yang betul adalah satu jenayah kepada negara)

Semua parti politik dan rakyat jelata berhak untuk bertanding atau menjadi calun di dalam pilihanraya. Menang atau kalah perkara kedua yang penting perjalanan pilihanraya mesti telus , jujur dan amanah. Pilihanraya mestilah bersih tidak boleh ada pendaftar pemilih yang meragukan, dan tidak boleh ada pengundi luar atau warga asing yang diberikan kad pengenalan sebagai warganegara.untuk mengundi di dalam pilhanraya. Tidak boleh ada sabotaj dan provokasi kepada semua calun yang bertanding.

Dalam Islam jika seseorang atau organisasi yang diberi amanah untuk menjalankan tugas menyelia pilihanraya WAJIB  berlaku jujur dan amanah dan tidak boleh merampas hak orang lain dengan cara penipuan. Jika badan ini gagal melaksanakan amanah ini sebenarnya dia menempah untuk menjadi muflis di hari akhirat.


Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Jika penipuan berlaku, calun yang kalah diistiharkan menang sebenarnya dia telah merampas jawatan orang lain secara haram , mendapat elaun dan peruntukan yang  haram . Jika pilihanraya berikutnya dijalankan selepas lima tahun maka selama itulah sumbernya dan rezekinya daripada sumber yang haram dan tidak akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Mereka yang terlibat untuk mendapat dosa dan makan daripada sumber yang haram adalah golongan yang terlibat secara langsung termasuk calun yang bertanding, ketua mereka dan agensi yang merancang penipuan tersebut. Penyokong juga akan mendapat sahamnya kerana bersubahat dalam penipuan tersebut.

Ramai manusia berfikiran singkat dan sanggup menjual akhiratnya dengan harga dunia yang sedikit. Bukankah hidup di dunia ini hanya sementara kenapakah manusia sanggup mendapat kutukan daripada Allah SWT disebabkan jenayah pilihanraya yang dilakukannya.? Adakah habuan yang diperolehi dapat menepis bala yang akan datang?

Sahabat yang dimuliakan,
Sebarang usaha yang boleh mendatangkan dosa besar hendaklah  dihentikan. Alasan dan dakwaan yang tidak berasas dan memberi peluang kepada penzalim untuk terus untuk berkuasa dan menindas adalah tertolak. 


Sesiapa yang mengambil hak orang lain di akhirat nanti pahala solat, puasa dan zakatnya akan digunakan untuk membayar hak atau milik orang lain yang dirampas secara penipuan. Jika pahalanya tidak cukup dosa orang yang dizalimai akan diberikan kepada yang membuat fitnah dan orang yang melakuakn penipuan.

Jika kalian telah melakukan penyelewengan seperti perkara di atas perlulah bertaubat dan kembalikan hak-hak yang  telah ambil secara haram (tipu)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Tiada seorang ( pemimpin )yang diamanahkan oleh Allah memimpin rakyatnya, kemudian ketika ia mati diadapati telah menipu rakyatnya (berlaku tidaka adil ), maka Allah pasti akan mengharamkan baginya syurganya.
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Rasulullah SAW  bersabda lagi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim maksudnya: "Siapa yang ditugaskan oleh Allah dalam mengatur umat, lalu ia tidak menyelesaikan hajat atau menolak aduan ( tidak membantu ) orang yang di bawah pimpinannya, maka di akhirat kelak Allah akan menolak hajatnya."


Tuesday, May 14, 2013

Soal Jawab Agama Siri 13 ( Mengenai Perselisihan Faham Umat Islam, Sifat Munafik, Hukum Hantar Jenazah, Istiqamah, Menuntut Ilmu, Mengambil Wuduk, Tayamum dan Lain-lain).)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 13 adalah memberi penjelasan mengenai perselisihan faham umat Islam, sifat munafik, hukum hantar jenazah, istiqamah, menuntut ilmu, mengambil wuduk, tayamum, kelebihan solat subuh dan solat isyak berjemaah, hukum dedahkan gambar lama di laman sosial dan lain-lain lagi.
 

241.Soalan: Jika terdapat perselisihan faham dan perteligkahan di antara saudara muslim apakah yang harus kita lakukan sebagai umat Islam yang cintakan keamanan dan perdamaian?

Seorang mukmin akan sentiasa berusaha untuk mendamaikan jika berlaku perselisihan dan persengkitaan di antara dua saudara muslim. Walau pun mungkin kita tidak mampu menyatukan mereka dengan satu pandangan tetapi sekurang-kurangnya kita mampu mendamaikan dan mengujudkan suasan yang lebih harmoni kerana prinsip yang perlu kita pegang, "Bekerjasama di dalam perkara yang dipersetujui dan bermaaf-maafan di dalam perkara yang di perselisihkan selagi perkara tersebut bukan menyentuh masalaah prinsip."



Masing-masing perlulah di ajak kembali kepada al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.


Firman Allah SWT maksudnya : "Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya” (Surah An-Nisaa (4) ayat 59)

Nabi SAW bersabda maksudnya :  “Seorang mukmin terhadap mukmin yang lainnya seperti bangunan yang saling mengokohkan satu dengan yang lain.” (Hadis Riwayat Bukhari  dan Muslim).

Meski pun Rasulullah SAW berkali-kali mengingatkan umatnya tentang erti persaudaraan, namun tetap saja diantara kita saling menyakiti, saling merendahkan dan saling menjatuhkan satu sama lain.

Firman Allah SWT maksudnya  : “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.” (Surah  Al-Hujuraat ayat 10).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Perumpamaan mukmin dalam hal saling mencintai dan berkasih sayang adalah ibarat satu satu tubuh, apabila satu organnya merasa sakit, maka seluruh tubuhnya turut merasakan hal yang sama, sulit tidur dan merasakan demam.” (Hadis Riwayat Muslim).

242.Soalan: Bagaimanakah hendak mengetahui orang munafik pada masa kini?

Sifat munafik yang boleh kita kenal pada masa kini adalah mereka yang tidak menjalankan amanah dan sering melakukan penghianatan kepada tanggungjawab agama, bila bercakap seringkali berbohong dan berdusta, mungkir janji dan menipu. Undang-undang Allah SWT yang lengkap dan sempurna tidak ingin didaulat dan dilaksanakan. Malahan mereka mengatakan undang-undang Allah SWT tidak sesuai dengan zaman sekarang dan dalam masyarakat majmuk.

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : "Empat perkara barangsiapa berada didalamnya maka jadilah dia munafik yang tulin, dan barangsiapa ada padanya sesuatu sifat darinya maka akan ada padanya sifat nifak sehingga dia meninggalkannya.
Antaranya :1. Apabila diamanahkan kepadanya dia akan khianat. 2. Apabila berbicara atau bercakap dia akan berdusta. 3. Apabila berjanji dia akan mungkir janji. 4.Apabila mendakwa dia akan menipu".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash r.a)

Ulama membahaskan kita tidak dapat mengenal orang munafik, secara jelas dan tidak boleh kita menuduh seseorang itu munafik, tetapi kita dapat mengetahui tanda-tanda orang munafik seperti di nyatakan di dalam hadis di atas.

243.Soalan: Adakah menghantar jenazah untuk dikebumikan hukumnya fardu kifayah?

Benar menghantar jenazah adalah fardu kifayah iaitu apabila ada dikalangan umat Islam menguruskannya maka orang lain akan terlepas daripada tanggungjawab tersebut.

Tetapi sebaik-baik mukmin adalah sentiasa melakukan kebaikan dan tidak akan membiarkan  amalan baik berjalan begitu sahaja kerana besar pahalanya di sisi Allah SWT apabila kita mengiringi jenazah hingga ke pengkebumian.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) :“Barang siapa yang mengiringi jenazah orang Islam kerana iman dan mengharapkan pahala dari Allah, dan ia bersamanya sehingga jenazah itu disolatkan dan selesai dikebumikan, maka ia kembali mendapat pahala dua qirath yang masing-masing qirath seperti Gunung Uhud. Barang siapa yang menyembayangkannya (solat jenazah)  dan ia kembali sebelum dikebumikan maka ia kembali dengan satu qirath.”

244.Soalan : Apakah amalan yang paling di sukai oleh Allah SWT ?
 

Amalan yang paling di sukai oleh Allah Azza Wajalla dalam agama apabila ia melakukan amalan secara istiqamah iaitu berterusan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Merekalah ahli syurga, tetap kekallah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.” (Surah Al-Ahqaaf, ayat 13 dan 14)

Allah SWT menyukai amal ibadah dan amal soleh yang di lakukan sedikit tetapi berterusan dan istiqamah.

245. Soalan : Apakah kelebihan orang yang menuntut ilmu?
 

Banyak kelebihan orang yang menuntut ilmu yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis       Nabi  SAW.

Firman Allah SWT yang bermaksud: ”Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Mujadalah ayat 11)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan." (Hadis Riwayat Abu ad-Darda' r.a)
 

Sabda Rasulullah SAW :

- Űčَنْ ŰŁَنَŰłِ Űšْنِ مَŰ§Ù„ِكٍ قَŰ§Ù„َ قَŰ§Ù„َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Ű·َلَŰšُ Ű§Ù„ْŰčِلْمِ فَ۱ِÙŠŰ¶َŰ©ٌ Űčَلَى كُلِّ مُŰłْلِمٍ. (Ű§ŰšÙ† Ù…Ű§ŰŹÙ‡ وŰșÙŠŰ±Ù‡)

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan lain-lain)

Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.

Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.

246.Soalan: Adakah berdosa sekiranya seseorang menuntut ilmu agama tetapi tujuannya untuk mendapat habuan duniawi semata-mata?
 

Jika seseorang berhajat menuntut ilmu agama maka mestilah mengikut adab-adab yang telah ditetapkan oleh Islam. Adab menuntut ilmu hendaklah ikhlas dan diniatkan di dalam hati kerana Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat.”(Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.”(Hadis Riwayat Abu Daud)

Orang berilmu perlulah melaksanakan ilmu yang dipelajarinya kemudian ilmu tersebut hendaklah disampaikan pula kepada orang lain. Jangan sembunyikan kebenaran untuk mencari keredhaan manusia walau pun orang tersebut pemimpin negara.

247.Soalan: Adakah orang jahil yang tidak mahu menuntut ilmu akan di tanya oleh Allah SWT di hari akhirat?
 

Orang jahil yang tidak berilmu jika dia melakukan dosa dan maksiat akan mendapat balasan di hari akhirat nanti, alasannya kerana dia jahil tidak akan diterima, kerana banyak masa yang dia miliki ketika di dunia kenapa tidak mahu menuntut ilmu?
 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”( Hadis Riwayat al-Bazzar)

Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah dan senantiasa didoakan oleh para malaikat, sedangkan orang jahil mudah tergelincir daripada landasan yang benar dan mudah dimasukkan ke dalam neraka.

248.Soalan:  Apakah fadilat dan kelebihan berwuduk dengan sempurna?

Dari Umar bin Khattab r.a, dari Nabi SAW bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud :"Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, maka ia sempurnakan wuduknya kemudian berkata, 'Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya,' kecuali dibukakan baginya delapan pintu syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Muslim )

Hadis ini berbicara tentang fadilat wuduk dan maqam orang yang berwuduk, serta bagaimana wuduk itu mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia disisi Allah. Wuduk yang dimaksudkan di sini bukan sekadar perlaksanaan secara formal akan gerakan-gerakan yang ada di dalamnya, akan tetapi sebuah kesempurnaan.

Di dalam hadis yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : "Jika seorang hamba yang muslim atau mukmin berwuduk ketika ia basuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya semua kesalahan yang dilihat dengan kedua matanya bersama air atau bersama tetes air terakhir. Jika membasuh kedua tangannya, keluarlah dari kedua tangannya semua kesalahan yang dilakukan tangannya bersama keluarnya air atau tetes terakhir air. Jika membasuh kedua kakinya, keluarlah semua kesalahan yang diperbuat kakinya bersama air atau tetes terakhir air, sampai ia selesai wuduk dalam keadaan bersih dari dosa." (Hadis Riwayat Muslim).



Sentiasa berwuduk adalah amalan dan sunah Nabi SAW .Orang mukmin akan sentiasa memperbaharui wuduk jika terbatal.


249. Soalan : Adakah terbatal wuduk jika ada keraguan dan apakah syarat-syarat sah wuduk?
 

Tidak perlu berwuduk kembali jika ada keraguan sehingga dia yakin telah terbatal kerana perbuatan itu sejajar dalam sepotong riwayat Mu'allaq:  ”Tidak wajib wuduk kecuali jika engkau mendapatkan baunya atau mendengar suaranya (kentut).”

 Terdapat 10 perkara syarat-syarat sah wuduk :

1. Islam. 2. Tamyiz / berakal. 3. Air mutlak yang suci lagi menyucikan. 4. Telah nyata dalam keadaan berhadas. 5. Tidak ada perkara yang membatalkan wuduk ketika mengerjakan wuduk. 6. Tidak terdapat penghalang pada anggota wuduk semasa berwuduk. 7. Meratakan air pada seluruh anggota wuduk yang wajib. 8. Mengetahui cara-cara berwuduk. 9. Dapat membezakan antara yang fardu dan yang sunat wuduk. 10. Melebihkan basuhan atau usapan pada anggota-anggota wuduk untuk mendapatkan kesempurnaan dalam berwuduk.

250.Soalan: Kenapa kita digalakkan melakukan amalan-amalan sunat?
 

Mengamalkan perbuatan perbuatan sunat sebagai bukti kita cinta pada Allah sepertimana kita dapat lihat kekasih Allah Nabi Muhammad SAW  walaupun dijanjikan syurga baginda tetap melakukan amalan-amalan sunat .Nabi SAW solat malam hingga bengkak-bengkak kaki baginda.

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk melakukan amalan-amalan sunat untuk menampung amalan fardu jika terdapat kekurangan. Orang mukmin yang mengamalkan amalan seperti yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadis adalah mukmin yang beruntung kerana mereka dianugerahkan dengan pelbagai keistimewaan dan kelebihan di dunia dan di akhirat nanti kerana setiap amalan dapat ganjarannya.

Dari Abu Hurairah r.a  Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya amalan pertama akan dihisab pada seseorang hamba ialah solatnya. Jika solatnya baik maka sesungguhnya beliau telah berjaya dan selamat dan sekiranya solatnya rosak maka sesungguhnya rugi dan binasalah ia.

Sekiranya berlaku sesuatu kekurangan pada solat fardunya, maka Tuhan Pemelihara Azza wa Jalla akan berfirman (kepada para malaikat-Nya) : Lihatlah oleh kamu adakah hamba-Ku mempunyai ibadat tathowwu’ (sunat)?

Lalu solat fardunya itu disempurnakan dengan solat tathowwu’-nya itu. Kemudian seluruh amalan dihisab sedemikian juga.”  (Hadis Sahih Riwayat  At-Tirmidzi dan An-Nasa’i. Juga dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Al-Hakim dll dengan lafaz sedikit berbeza)
 

Penjelasan dan Pengajaran : 

1.  Ibadat tathowwu’ (sunat) adalah salah satu dari cabang amalan-amalan mandub (sunat). Antara contoh ibadat tathowwu’ seperti sedekah, puasa Isnin dan Khamis, solat sunat dan sunat muakkad. Dipanggil juga sunat tambahan atau nafilah. (Sila rujuk ilmu usul fiqh).

2. Mengenai kekurangan solat fardu, ulama mempunyai pelbagai pendapat. Antaranya, kekurangan kerana kurang khusyuk dalam solat, kekurangan bilangan solat fardu, kekurangan kesempurnaan solat dan lain-lain.

Jangan sesekali kita memandang remeh ibadah sunat. ‘Ibadah sunat adalah perkara yang apabila dikerjakan, mendapat pahala yang boleh menyelamat dari azab dan apabila ditinggalkan, akan mengalami kerugian yang besar.

Seperti amalan solat berjemaah. Sabda Nabi SAW maksudnya : “ Barang siapa yang pergi ke masjid untuk berjemaah maka satu langkah akan menghapuskan kesalahan (dosa) dan yang satu langkah lainnya dituliskan kebaikan. Hal ini berlangsung pada saat berangkat mahupun pulang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban).

251.Soalan: Kenapa orang sekarang tidak takut kepada Allah, tidak mengikut hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT malah bermegah megah dengan hal dunia?

Hidup kita di dunia ini hanyalah sementara sahaja sedangkan hidup kita yang kekal abadi adalah di hari akhirat. Mereka yang tidak takut kemurkaan Allah SWT dengan melakukan maksiat, bermegah-megah dengan harta dan engan melaksanakan hukum-hukum Allah SWT sebenarnya dia adalah orang yang sombong. Allah SWT benci dan murka kepada orang kaya tetapi sombong dengan kekayaannya dan bermegah-megahan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, Bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).” 

(Surah al-Qashash ayat 78)

Allah SWT secara terang-terangan memberi amaran keras kepada manusia yang bermegah-megah dengan harta hingga menunjuk-nunjuk sebagai satu kebanggaan buat diri mereka. Amaran ini diulangi beberapa kali dengan jelas supaya manusia benar-benar mengingati-Nya dan tidak menjadikan harta sebagai sembahan. Allah SWT mengutuk dengan sekeras-kerasnya sikap ini sehingga Dia menjanjikan azab yang maha pedih buat manusia-manusia yang ingkar.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui - (Apa yang kamu akan hadapi) - Dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (ingatlah) Demi sesungguhnya! - kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.” (Surah at-Takaatsur, ayat 1-6)

252. Soalan: Adakah kita berdosa jika kita sedekahkan wang ringgit kepada negara luar yang mengalami kesulitan sedangkan negara kita lebih ramai yang mengalami kesulitan?
 

Umat Islam adalah bersaudara tidak kira samaada di dalam negara kita sendiri atau pun negara luar. Jika saudara kita dinegara luar memerlukan bantuan segera kerana bencana alam, peperangan, penindasan oleh musuh-musuh Islam seperti di Palestin, Myanmar, Cina dan ditempat-tempat lain maka kita wajib membantunya atas dasar satu akidah dan satu agama (syariat Islam). Islam tidak boleh dipisahkan dengan sempadan geografi kerana setiap muslim itu bersaudara.

Tetapi jika kita dapati negara kita sendiri sedang mengalamai bencana seperti banjir, tanah runtuh,  lebih afdhal atau lebih baik bersedekah di negara kita, Rasulullah SAW berpesan yang lebih baik adalah keluarga kita, jiran kita, hujung kampung, negeri lain dan seterusnya. Islam mengajar kita bahawa yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah.

Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan: ”Tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah. Tangan yang diatas adalah pemberi dan tangan yang dibawah adalah penerima.” ( Hadis Riwayat Muslim )

253.Soalan: Bagaimanakah hendak mengambil wuduk jika ketiadaan air?

 
Jika ketiadaan air untuk mengambil wuduk maka diharuskan kita bertayamum.

Firman Allah SWT maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikma-tNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Maa’idah ayat 6)

254. Soalan : Apakah dia tayamum dan syarat-syarat di benarkan bertayamum?
 

Tayamum adalah pengganti wuduk atau mandi wajib yang tadinya seharusnya menggunakan air bersih digantikan dengan menggunakan tanah atau debu yang bersih. Yang boleh dijadikan alat tayamum adalah tanah suci yang ada debunya. Dilarang bertayamum dengan tanah berlumpur, bernajis atau berbingkah. Pasir halus, pecahan batu halus boleh dijadikan alat melakukan tayamum.

Orang yang melakukan tayamum lalu solat, apabila air sudah tersedia maka ia tidak wajib mengulang solatnya. Namun untuk menghilangkan hadas, harus tetap mengutamakan air daripada tayamum yang wajib hukumnya bila sudah tersedia.

Tayamum untuk hadas hanya bersifat sementara dan darurat hingga air sudah ada.

Sebab / Alasan Melakukan Tayamum :

 
- Dalam perjalanan jauh
- Jumlah air tidak mencukupi kerana jumlahnya sedikit
- Telah berusaha mencari air tapi tidak berjumpa
- Air yang ada suhu atau kedaannya mengundang kemudharatan
- Air yang ada hanya untuk minum
- Air berada di tempat yang jauh.
- Pada sumber air yang ada terdapat keadaan yang membahayakan diri
- Sakit dan tidak boleh terkena air

Syarat Sah Tayamum :

 
- Telah masuk waktu solat
- Memakai tanah berdebu yang bersih dari najis dan kotoran
- Memenuhi alasan atau sebab melakukan tayamum
- Sudah berupaya / berusaha mencari air namun tidak ketemu
- Tidak haid maupun nifas bagi wanita / perempuan
- Menghilangkan najis yang yang melekat pada tubuh

Sunat Ketika Melaksanakan Tayamum :

- Membaca basmalah
- Menghadap ke arah kiblat
- Membaca doa ketika selesai tayamum
- Medulukan kanan dari pada kiri
- Meniup debu yang ada di telapak tangan
- Menyilangkan jari- jari setelah menyapu tangan hingga siku.

Rukun Tayamum :

- Niat Tayamum.
- Menyapu muka dengan debu atau tanah.
- Menyapu kedua tangan dengan debu atau tanah hingga ke siku.

255. Soalan : Saya hendak tanya perempuan yang berada dalam keadaan (haid) boleh tak potong kuku dan rambut yang gugur perlu disimpan untuk mandi wajib nanti. atau boleh ditanam terus kuku dan rambut yang gugur?
 

Untuk menjawab persoalan ini di kemukakan jawapan Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya Ghiza' al-albab, 1/382).

Beliau berkata: "Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) sama ada hidup ataupun mati", malah Nabi memberitahu: "Buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam)."

Maka jelaslah bahawa dibenarkan, bahkan tidak dilarang untuk mencukur atau membuang apa-apa yang lebih daripada kebiasaannya yang tumbuh di tubuh kita.

Oleh kerana arahan Rasulullah tidak menunjukkan sebarang penangguhan cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi). Wallahualam

256. Soalan : Saya hendak tanya apakah keutamaan solat subuh dan isyak berjemaah?

Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada solat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari solat Isyak dan solat Subuh. Seandainya mereka tahu keutamaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak" 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Banyak kebaikan dan keutamaan solat subuh dan isyak berjemaah : Orang yang sembahyang Subuh berjamaah seolah-olahnya dia sembahyang sunat seluruh malam dan orang yang sembahyang Isyak berjamaah seolah-olahnya dia menghidupkan separuh malam.

Sabda Rasulullah SAW.

مَنْ Ű”َلَّى Ű§Ù„ْŰčِŰŽَۧۥَ فِي ŰŹَمَۧŰčَŰ©ٍ فَكَŰŁَنَّمَۧ قَŰ§Ù…َ نِŰ”ْفَ Ű§Ù„Ù„َّيْلِ وَمَنْ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ű”ُّŰšْŰ­َ فِي ŰŹَمَۧŰčَŰ©ٍ فَكَŰŁَنَّمَۧ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّيْلَ كُلَّهُ
Ű”Ű­ÙŠŰ­ Ù…ŰłÙ„Ù…)

Maksudnya :" Sesiapa yang sembahyang Isyak pada satu jamaah seolah-olahnya dia sembahyang separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang Subuh pada satu jamaah seolah-olahnya dia sembahyang seluruh malam." (Hadis Riwayat Muslim)

257. Soalan : Seseorang Isteri wajib taat kepada suami; suami tidak wajib taat kepada Isteri."... Minta ustaz hurai dan kupas maksud dan makna dan dalam hal bagaimana dan mencakupi bagaimana dan mencakupi perkara apa sebenarnya?

 Terdapat beberapa hadis mengenai kewajipan isteri mentaati suami : Taat isteri boleh dilihat dari hadis-hadis yang banyak diriwayatkan, seperti:

1. Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

3. Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

258. Soalan : Saya hendak tanya biasanya perempuan termasuk saya kalau seminggu sebelum dan tengah datang bulan sentiasa hendak marah pada orang lain tanpa sebab. Boleh ustaz jelaskan bagaimana saya hendak mengatasi masaalah tersebut.
 

Orang mukmin sentiasa berlemah lembut, tidak mudah marah sentiasa mengawal emosi. Ingat marah itu datangnya daripada godaan syaitan, walaupun dalam keadaan uzur wanita boleh berzikir dan baca al-Matsurat supaya masa tak solat itu ada amalan-amalan zikir yang mengingati Allah SWT. Amalan-amalan yg boleh dilakukan beristighfar, berzikir, bersedekah, memberi salam semua amalan ini memberi kekuatan kepada diri kita untuk menangkis godaan dan hasutan syaitan. Bila terasa marah banyakkan beristighfar dan ingat Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)" (Hadis Riwayat Baihaqi)

Sabda Nabi SAW  lagi yang bermaksud : "Tiada seorang pun yang meneguk satu tegukan yang lebih agung pahalanya daripada tegukan berupa kemarahan yang ditahannya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah Taala." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Al Imam Al Hasan Al Bashri rahimahullah berkata: “Empat hal, barangsiapa yang mampu mengendalikannya maka Allah akan menjaga dari syaitan dan diharamkan dari neraka : iaitu seseorang mampu menguasai nafsunya ketika berkeinginan, cemas, syahwat dan marah.”

259. Soalan : Saya ingin bertanya apakah hukum seorang menantu yang selalu tidak puas hati dengan ayah dan emak mertuanya. Dia selalu berkata yang emak mertuanya itu "membela" dan macam-macam lagi kerana rumah mereka berdekatan, dia tak boleh lihat orang lain lebih sikit daripadanya.
 

Dalam ajaran Islam menjalani hubungan kekeluargaan dan membina ikatan silaturahim adalah sangat di tuntut sehingga Nabi SAW menyatakan tidak akan masuk syurga sesiapa yg memutuskan silaturahim. Perlu diingat anak menantu wajib menghormati kedua ibu bapa mertuanya. Berdosa besar jika membuat tuduhan tanpa bukti dan menimbulkan pergaduhan di antara ahli keluarga. Baginda melarang umatnya tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Sepatutnya anak menantu mengasihi ibu bapa mertuanya sama seperti dia mengasihi ibu bapanya sendiri.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bukan dari kalangan umatku yang sempurna, orang yang tidak mengasihi yang kecil dari kalangan kami dan tidak mengenal kemuliaan orang yang lebih tua di kalangan kami" (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Ciri-ciri ahli syurga itu hatinya bersih tidak ada buruk sangka, hasad dengki atau perasaan iri hati di atas kelebihan orang lain. Jiwanya sentiasa tenang dan suka membantu orang lain terutama ahli keluarga sendiri. Wallahulam.

260. Soalan : Sekarang saya sudah tutup aurat, tapi banyak gambar-gambar dahulu di facebook tak tutup aurat. Jika ditakdirkan saya mati dan saya tak hapuskan gambar-gambar tersebut adakah ianya akan bawa saya ke neraka? 


Jika kita dahulu tak tutup aurat dan sekarang sudah tutup aurat maka kita perlulah padamkan semua gambar-gambar lama samaada di facebook, blog , twiter dan lain-lain. Jika rakan-rakan ada menyimpannya suruh mereka padamkan. Jika kita sudah bertaubat dan tak mampu nak hapuskannya maka kita serahkan pada Allah SWT banyakkan beristighfar dan bersedekah. Allah SWT Maha Mengetahui hati-hati kita yang telah bertaubat dan ingin kembali mentaati perintah-perintah Allah SWT.

Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)


 Bersambung...