Saturday, March 14, 2015

Kelebihan Berselawat Kepada Rasulullah SAW.

Sayidatina Aisyah r.ha sedang menjahit pada suatu dinihari. Tiba-tiba jarumnya terjatuh ke lantai. Tidak sempat dia hendak mengambil semula jarum itu, api pelita yang sedang menerangi terpadam ditiup angin. Dalam keadaan yang gelap dapatkah Sayidatina Aisyah mengambil jarum yang jatuh?

Dapat iaitu tidak lama kemudian sebaik sahaja Nabi SAW melangkah masuk, cahaya dari tubuh Nabi SAW menerangi ruang yang gelap itu. Sayidatina Aisyah merasa kagum dengan kebesaran Allah SWT. yang memberikan kemuliaan dan kelebihan yang sangat luar biasa kepada baginda.

"Subhanallah! Adakah di kalangan umatmu orang yang tidak dapat melihat cahayamu ini wahai Rasulullah?" tanya Sayidatina Aisyah r.ha.

"Ada" jawab Nabi SAW. "Iaitu mereka yang apabila namaku disebut dia tidak mahu berselawat kepadaku."

Sabda Nabi SAW. bermaksud : " "Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. "

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. "

Kata-kata Nabi itu membenarkan apa yang pernah diberitahu oleh Malaikat Jibril a.s. kepada Nabi SAW

Kata Malaikat Jibril, "Celakalah orang yang apabila namamu (Nabi) disebut dia tidak berselawat keatasmu."

Jadi apabila kita mendengar orang menyebut 'Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam' di hujung sebutan nama Nabi, hendaklah kita menyebut 'Sallallahu 'Alaihi Wasallam'.

Tanda kita kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW adalah kita melaksanakan semua perintah yang diarahkan oleh baginda dan kita menjauhi semua larangannya. Kerana semua perintah dan larangannya adalah datangnya daripada Allah SWT. Selain daripada itu kita hendaklah mengikuti amalan dan sunah Nabi SAW setiap hari yang dilaksanakan baginda dalam kehidupan . 

Jalan untuk melahirkan kecintaan kita kepada Nabi SAW adalah dengan kita banyakkan berselawat. Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. (Surah al-Ahzab ayat 56)

Berselawat ke atas Rasulullah SAW bermakna berdoa memohon supaya Allah melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita, Nabi Muhammad SAW

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : " Sesuatu do'a terdinding (terhalang) sehinggalah seseorang yang berdo'a berselawat kepada Nabi SAW. " (Hadis Riwayat At-Tabaraani)

Rasulullah SAW adalah kekasih Allah SWT Dia sendiri memerintahkan para hamba-Nya berselawat kepada baginda sebagai tanda melahirkan cinta dan kasih sayang kepada kekasih-Nya. Di hari akhirat nanti selawat itu menjadi satu kelompok cahaya yang menerangi di Siraat.

Nabi SAW bersabda maksudnya : " Selawat kepadaku itu merupakan satu (kelompok) cahaya di hari kiamat yang menjelma di Siraat (Titian al-Mustaqiim)"
(Hadis Riwayat Abu Sa'id)

Terdapat beberapa fadilat dan kebaikan besar yang akan kita perolehi apabila kita sentiasa berselawat kepada Nabi SAW 

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Memperolehi keredhaan Allah SWT.

Dari Ali bin Abi Talib k.w memberitakan bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya ; "Jibril a.s. pernah berkata : 'Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah Ta'aala telah berfirman :'Sesiapa berselawat keatas tuan 10 kali, pastilah dia memperoleh keamanan daripada kemurkaan-Nya." (Hadis Riwayat Ibnu Bisykuwaal)

Kedua : Di permudahkan jalan menuju ke Syurga. dan memasuki Syurga.

Abu Hurairah r.a pernah berkata Nabi SAW bersabda maksudnya : "Siapa lupa dari berselawat ke atasku, maka dia akan lupa jalan ke Syurga." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Berdasarkan hadis ini sesiapa yang lupa atau tidak mahu berselawat maka di hari akhirat nanti dia akan terlupa jalan menuju ke Syurga dan sesiapa yang banyak berselawat dia tak akan lupa dan akan dipermudahkan untuk jalan menuju ke Syurga. dan dapat memasuki Syurga.

Ketiga : Mendapat syafaat dan pembelaan dari Rasulullah SAW di hari akhirat.

Orang-orang Mukmin percaya bahawa di hari akhirat nanti akan berlaku huru hara yang amat dahsyat di mana manusia akan terkena pancaran mata hari yang amat panas yang mendorong mereka mencari syafaat (pertolongan). Orang yang mendapat syafaat akan terhindar dari bahaya ini dan dari bahaya tengelam di dalam banjir peluh manusia. Mereka juga memperolehi segala kemudahan untuk segera memasuki Syurga.

Ketika ini syafaat Nabi SAW sangat-sangat diperlukan. Sesiapa yang banyak berselawat kepada Nabi SAW akan mendapat syafaat baginda dan terlepas daripada kegawatan di Padang Mahsyar.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. " (Hadis Riwayat Baihaqi dari Al-Khatib)

Keempat : Memperolehi kedudukan yang dekat dengan Nabi SAW. di hari akhirat.

Sabda Nabi SAW. maksudnya : "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (Hadis Riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)

Kelima : Berfungsi menghapuskan kejahatan (dosa) dan menaikkan darjat di sisi Allah SWT

Sabda Nabi SAW maksudnya : " Dan sesiapa berselawat kepadaku sekali, nescaya Allah akan selawat ke atasnya 10 selawat, menghapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa) dan mengangkatkannya 10 darjat." (Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, Nasa'i dan Al-Hakim)

Keenam : Di sampaikan keperluannya (hajat) oleh Allah SWT

Sabda Nabi SWT maksudnya ; " Siapa berselawat kepadaku 100 kali pada setiap hari, nescaya Allah akan menyampaikan 100 keperluannya : 70 bagi keperluan akhirat dan 30 bagi keperluan dunia." (Hadis Riwayat Ibnu Mandah)

Tuesday, March 10, 2015

Kemuskilan Agama : Tanggungjawab Anak Lelaki Dan Perempuan Setelah Berkahwin.

Soalan Ke Tujuh Puluh Dua : 

Saya ingin meminta ustaz berikan pencerahan mengenai tanggungjawab anak lelaki setelah berkahwin. Adakah anak lelaki setelah berkahwin tanggungjawabnya terhadap kedua ibu bapanya terputus maksudnya dia tak perlu lagi memberikan bantuan kepada keduannya.? Atau kewajipannya berterusan walau pun dia telah berkahwin? Bagaimana pula tanggungjawab anak perempuan setelah berkahwin.? Sekian terima kasih.

Jawapan : 

Tanggungjawab anak lelaki setelah berkahwin terhadap kedua ibu bapanya tetap berterusan walaubagimana pun dia perlu utamakan keperluan dan nafkah isteri dan anak-anaknya kemudian baru dia memberikan bantuan kepada kedua ibu bapanya. 

Apabila seorang lelaki Muslim berkahwin ia bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin dan asas pendidikan Islam. Dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami. Bila dikurniakan anak-anak maka  tanggungjawabnya akan bertambah kerana telah menjadi ayah untuk menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anaknya pula.

Walaubagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.

Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad SAW. maksudnya : “Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”Jawab Nabi “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”Jawab Nabi “Ayah kamu”

Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."

Hadis di atas menjelaskan  selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan  dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.

Seorang wanita apabila telah berkahwin, segala tanggungan dirinya adalah adalah dibawah tanggungan suaminya. Amanah ini terlah diserahkan oleh bapa wanita tadi kepada suaminya.

Bagaimana pandangan Islam kedudukan wanita tersebuat terhadap ibu bapanya?

Islam amat menitik beratkan soal silaturahim, perhubungan sebagai anak dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa. Wanita kena mentaati suaminya dan diberi keutamaan daripada arahan ibu bapanya kerana tanggungjawab dan ketaatan isteri perlu diberikan kepada suaminya. Walaubagaimana pun Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isterinya jika ada sesuatu keperluan ia ingin membantu ibu bapanya yang susah dan memerlukan bantuan.

Pihak suami perlu ingat bahawa setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Perlulah diberi kasih sayang dan segala keperluan dan hajat mereka berdua jika mereka terdiri daripada orang miskin perlulah diberi bantuan .

Kedua-duanya (suami dan isteri)  wajib berbuat baik kepada kedua orang tua (kedua-dua belah pihak)  selagi ada hayatnya di dunia ini. Berbuat baik dalam erti kata menyenangkan hati kedua-duanya dan menjaga serta memberikan apa-apa keperluan mereka. Anak perempuan tidak terlepas tanggungjawab dan berbakti kepada orang tuanya. Jika dia mampu dia juga hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. 

Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tua nya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga. Sebab itulah dalam Islam anak lelaki beroleh 2 bahagian  berbanding dengan anak perempuan mendapat 1 bahagian di dalam pembahagian harta pusaka secara hukum faraid, ini menunjukkan betapa Islam menghargai tanggungjawab yang dipikul oleh anak lelaki sebagai ketua keluarga.

Oleh itu semua anak lelaki samaada yang belum berkahwin atau sudah berkahwin tanggungjawab kalian tidak terlepas untuk membantu kedua ibu bapa kalian yang masih hidup, jika mereka sudah meninggal dunia doa dan sedekah kalian pula sangat mereka perlukan untuk membentu mereka di alam barzakh. Wallahu a'lam.

Monday, March 9, 2015

Kemuskilan Agama : Waktu-waktu Mustajab Doa.

Soalan Ke Tujuh Puluh Satu : Berdoa adalah senjata orang mukmin, oleh itu bolehkan ustaz jelaskan waktu-waktu mustajab doa supaya doa kita di makbulkan oleh Allah SWT.

Jawapan : 

Apabila kita ingin berdoa maka carilah waktu-waktu mustajab doa kerana waktu tersebut paling hampir dengan Allah SWT dan pintu rezeki dari langit terbuka luas.

Terdapat beberapa waktu-waktu mustajabnya doa.

Pertama : Satu pertiga malam

Waktu satu pertiga malam adalah di antara jam 3.30 pagi atau jam 5.00 pagi sehingga ke waktu sebelum Subuh. 

Nabi S.A.W bersabda maksudnya: "Allah SWT turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya berfirman kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Sewaktu hujan turun, 

Ketika hujan turun pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.

Ketiga : Waktu pasukan tentera bertempur. 

Keempat : Waktu mendirikan solat.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud :  "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun".(Hadis Riwayat Abu Daud).

Kelima : Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat.

Nabi SAW bersabda maksudnya :  “Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.”  (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Dawud) 

Keenam : Sepanjang hari Jumaat juga terdapat waktu mustajab doa.

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : "Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya".(Hadis Riwayat Bukhari).
  
Ketujuh :.Selepas mengucapkan 'Amin' apabila selesai membaca surah al-Fatihah.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Apabila imam mengatakan 'Amin', maka ucapkanlah 'Amin'. Sesiapa yang mengucapkan 'Amin' bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu."  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud : "Tidaklah ditolak doa di antara azan dan iqamah." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Kesembilan : Setiap sujud di dalam setiap waktu solat.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba sujud sekali kepada Allah kecuali Dia akan menulis baginya satu kebaikan dan menghapus satu keburukan daripadanya dan meninggalkan satu darjat. Oleh itu, perbanyakkan sujud." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dengan sanat yang sahih).

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu perbuatan hamba yang lebih disukai Allah daripada tatkala Allah melihatnya sedang sujud sambil membenamkan wajahnya ke dalam tanah (debu)" (Hadis Riwayat At-Tabrani di dalam Al-Ausat)

Kesepuluh : Waktu Dhuha.

Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (28 minit selepas waktu syuruk). Solat Duha adalah solat memohon dimurahkan rezeki. 

Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. 

Doa selepas solat dhuha  : "Ya Allah, Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu, Kecantikannya kecantikanMu, Keindahannya keindahanMu, Kekuatannya kekuatanMu, Kekuasaannya kekuasaanMu, Perlindungannya perlindunganMu.Ya Allah, Jika rezeki masih dilangit turunkanlah, Jika dibumi keluarkanlah, Jika sukar permudahkanlah, Jika haram sucikanlah, Jika jauh dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, KecantikanMu, KeindahanMu, KekuatanMu, KekuasaanMu,Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan,  kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Kesebelas : Selesai solat fardu. 

Ditanya kepada Rasulullah SAW., 'Doa manakah yang didengar (Allah)' Sabda baginda, "Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Kedua belas : Sepanjang perjalanan semasa bermusafir. 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Tiga bentuk doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; doa orang yang teraniaya, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Abu Daud).

Marilah sama-sama kita perbanyakkan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT tanda kita reda dan bersyukur di atas nikmat dan rahmat yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita semua. Mereka yang sombong tidak suka berdoa dan mengharap belas kasihan daripada Allah SWT, tetapi seorang mukmin yang bertakwa akan sentiasa lidahnya berzikir dan berdoa mengharap pertolongan , rahmat dan kasih sayang-Nya.

Sunday, March 8, 2015

Hukum Berjabat Tangan Dengan Perempuan :

Perempuan dalam konteks laki-laki ada dua macam yaitu wanita mahram yang memiliki hubungan sangat dekat atau perempuan bukan mahram. Wanita bukan mahram ada tiga macam: dewasa, anak kecil dan usia lanjut. 

Dalam syariah Islam, berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram hukumnya haram (dilarang). Kecuali apabila wanita bukan mahram tersebut sudah tua. Sedangkan bersalaman atau bersentuhan dengan wanita yang mahram, maka hukumnya harus. 

Hukum Jabat Tangan (Bersalaman) :

1. Hukum Jabat Tangan dengan Perempuan Mahram
2. Hukum Jabat Tangan dengan Wanita Bukan Mahram
2.a. Hukum Jabatan Tangan dengan Wanita Tua Anak Kecil Bukan Mahram
2.b. Hukum Jabatan Tangan dengan Wanita Muda Bukan Mahram
3. Pendapat Yusuf Qardhawi seputar Jabat Tangan dengan Wanita
4. Hukum Jabat Tangan dengan Wanita Bukan Muhrim Menurut 4 (Empat) Madzhab

1. HUKUM JABAT TANGAN DENGAN PEREMPUAN MAHRAM

Berjabatan tangan/bersalaman, bersentuhan dengan perempuan yang mahram hukumnya harus. Berdasarkan sebuah hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi, bahwa Nabi Muhammad pernah mencium putrinya Fatimah dan Fatimah juga pernah mencium Nabi apabila Nabi datang ke rumahnya..

Hadis ini menjadi dalil ulama untuk menetapkan bolehnya berjabatan tangan antara lelaki dengan wanita mahram. Kerana, kalau bersentuhan boleh, maka bersalaman juga boleh kerana jatab tangan menjadi bagian dari bersentuhan.

Hal lain yang boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan yang mahram adalah memandang anggota tubuh wanita selain antara pusar dan lutut, di haruskan bermusafir bersama. bersama, 

2. HUKUM JABAT TANGAN DENGAN WANITA BUKAN MAHRAM

Wanita yang bukan mahram ada dua macam. Perempuan tua dan perempuan muda. Kedunya memiliki kedudukan hukum yang berbeza dalam berjabatan tangan.

2.a. HUKUM JABAT TANGAN DENGAN WANITA TUA BUKAN MAHRAM

Bersalaman dengan wanita tua  hukumnya harus dengan syarat 

(a) perempuan itu sudah tidak menarik dan tidak tertarik lawan jenis; 

(b) kedua belah pihaktidak terasa syahwat (nafsu). Berjabat tangan dengan anak erempuan kecil hukumnya sama dengan perempuan tua. 

Abu Bakar--khalifah pertama--biasa bersalaman dengan perempuan tua.

Namun, menurut madzhab Syafi'i, hukumnya tetap haram. ٍ

2.b. HUKUM JABAT TANGAN DENGAN WANITA MUDA BUKAN MAHRAM

Bersalaman dengan perempuan bukan mahram yang masih muda haram secara mutlak dan disepakati oleh madzhab yang empat (Syafi'i, Maliki, Hanafi, Hanbali). 

Menurut madzhab Hanbali: 

Haram berjabatan tangan dengan wanita bukan mahram yang masih muda, walaupun memakai kain penghalang (ha'il). Berdasarkan sebuh hadis sahih riwayat Tabrani dan Baihaqi Nabi bersabda: "Memasukkan tangan ke besi yang panas itu lebih baik daripada menyentuh perempuan yang tidak halal (bukan mahram atau isteri)" Bersalaman merupakan bagian dari bersentuhan. 

Sebuah hadis dari Aisyah menyatakan bahawa tidak telapak tangan Nabi tidak pernah menyentuh tangan perempuan lain sama sekali. Nabi berkata pada para perempuan apabila hendak membaiat mereka, "Aku akan membaiat kalian dengan kata-kata."

Dalam Sahih Bukhari hadis no. 6674 Aisyah berkata bahwa Nabi tidak pernah menyentuh tangan perempuan selain isterinya.

Menurut Madzhab Syafi'i:

Imam Nawawi berkata: perempuan yang haram dilihat, maka haram disentuh. Boleh memandang perempuan hanya apabila hendak melamarnya. Tapi tetap tidak boleh menyentuhnya.

Nabi SAW  tidak pernah menyentuh tangan wanita saat membaiat

Ada hadis riwayat Ummu Athiyah yang terkesan seakan-akan Nabi pernah memegang tangan perempuan saat membaiat mereka. Anggapan itu tidak betul. Hadits riwayat Ummu Athiyah tersebut menceritakan bahwa Nabi mengutus Umat bin Khatab membaiat sekelompok perempuan Anshar. Umar kemudian membaiat mereka dari luar pintu atau luar rumah sedang perempuan itu berada dalam rumah. Di situ tidak disebut secara jelas apakah tangan Umar menyentuh atau tidak. Di samping itu, Ibnu Hajar pensyarah Sahih Bukhari menyatakan bahwa kesaksian Ummu Athiyah tersebut tertolak dengan hadits Aisyah.[Fathul Bari VIII/4888].

Sebagian ulama menafsiri hadis Ummu Athiyah itu dengan sahnya baiat dengan bersalaman yang memakai penghalang.

3. PENDAPAT YUSUF QARDHAWI MENGENAI JABAT TANGAN DENGAN WANITA BUKAN MAHRAM

Dr. Yusuf Qaradawi mempunyai pandangan yang agak berbeza dalam soal jabat tangan dengan perempuan bukan mahram. Menurut Qardhawi, hukum bersalaman dengan perempuan bukan mahram adalah makruh @ tidak haram dengan syarat: 

(a) Tidak ada syahwat; 

(b) Aman dari atau tidak ada fitnah. Apabila dikuatirkan terjadi fitnah dari salah satu pihak atau bangkitnya syahwat, maka hukumnya haram. Bahkan, bersalaman dengan perempuan mahram pun, kalau membangkitkan syahwat, hukumnya haram. Seperti bersalaman dengan ibu mertua, ibu saudara, isteri ayah, dan lain-lain yang termasuk dari perempuan mahram.

(c) Hendaknya bersalaman dengan singkat.[Yusuf Al Qaradawi, Fatawa Mu'ashirah, hlm. 291-302.]

Yusuf Qardhawi membahas aspek hukum secara mendalam sebelum sampai pada kesimpulan di atas. Termasuk dalam menganalisa dasar-dasar dari Quran dan hadis. .

4. HUKUM JABAT TANGAN DENGAN WANITA BUKAN MAHRAM MENURUT MADZHAB 4 (EMPAT)

Berikut pendapat para ulama 4 (empat) madzhab atau madzahib al-arba'ah mengenai hukum berjatan tangan atau salaman antara laki-laki dan wanita bukan mahram (muhrim)

1. Madzhab Hanafi berdasarkan pendapat Ibnu Najim yang mengatakan bahwa tidak boleh menyentuh wajah dan telapak tangan perempuan walaupun aman dari syahwat kerana adanya keharaman dan tidak adanya darurat (keperluan mendesak) (Al Bahr Ar-Raiq VIII/219).

Ù‚Ű§Ù„ Ű§ŰšÙ† Ù†ŰŹÙŠÙ… :
ÙˆÙ„Ű§ ÙŠŰŹÙˆŰČ Ù„Ù‡ ŰŁÙ† ÙŠÙ…Űł ÙˆŰŹÙ‡Ù‡Ű§ ÙˆÙ„Ű§ ÙƒÙÙ‡Ű§ ÙˆŰ„Ù† ŰŁÙ…Ù† Ű§Ù„ŰŽÙ‡ÙˆŰ© Ù„ÙˆŰŹÙˆŰŻ Ű§Ù„Ù…Ű­Ű±Ù… ÙˆÙ„Ű§Ù†ŰčŰŻŰ§Ù… Ű§Ù„Ű¶Ű±ÙˆŰ±Ű© .
" Ű§Ù„ŰšŰ­Ű± Ű§Ù„Ű±Ű§ŰŠÙ‚ " ( 8 / 219 )

2. Madzhab Maliki. Muhammad bin Ahmad berkata tidak boleh menyentuh wajah dan telapak tangan peremuan bukan mahram tanpa (kain) penghalang (Minah al-Jalil ala Syarh Mukhtasar Khalil I/223). 

Ù‚Ű§Ù„ Ù…Ű­Ù…ŰŻ ŰšÙ† ŰŁŰ­Ù…ŰŻ ( ŰčÙ„ÙŠŰŽ ) :
ÙˆÙ„Ű§ ÙŠŰŹÙˆŰČ Ù„Ù„ŰŁŰŹÙ†ŰšÙŠ Ù„Ù…Űł ÙˆŰŹÙ‡ Ű§Ù„ŰŁŰŹÙ†ŰšÙŠŰ© ÙˆÙ„Ű§ ÙƒÙÙŠÙ‡Ű§ ، ÙÙ„Ű§ ÙŠŰŹÙˆŰČ Ù„Ù‡Ù…Ű§ ÙˆŰ¶Űč كفه Űčلى ÙƒÙÙ‡Ű§ ŰšÙ„Ű§ Ű­Ű§ŰŠÙ„ ، Ù‚Ű§Ù„ŰȘ Űčۧۊێ۩ Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ ŰčÙ†Ù‡Ű§ " Ù…Ű§ ŰšŰ§ÙŠŰč Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… Ű§Ù…Ű±ŰŁŰ© ŰšŰ”ÙŰ­Ű© Ű§Ù„ÙŠŰŻ Ù‚Ű· Ű„Ù†Ù…Ű§ ÙƒŰ§Ù†ŰȘ Ù…ŰšŰ§ÙŠŰčŰȘه Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… Ű§Ù„Ù†ŰłŰ§ŰĄ ŰšŰ§Ù„ÙƒÙ„Ű§Ù… " ، وفي Ű±ÙˆŰ§ÙŠŰ© " Ù…Ű§ Ù…ŰłŰȘ ÙŠŰŻÙ‡ ÙŠŰŻ Ű§Ù…Ű±ŰŁŰ© ÙˆŰ„Ù†Ù…Ű§ ÙƒŰ§Ù† ÙŠŰšŰ§ÙŠŰčهن ŰšŰ§Ù„ÙƒÙ„Ű§Ù… " .

3. Madzhab Syafi'i. Menurut Imam Nawawi hukumnya haram berjabat tangan dengan wanita bukan mahram (Al-Majmuk IV/515). Imam Waliuddin Al-Iraqi mengatakan bahawa Nabi tidak pernah menyentuh perempuan yang selain isteri-isterinya baik saat membaiat atau situasi lain. Apabila Nabi yang sudah terpelihara dari berbagai macam keraguan tidak melakukannya, maka yang lain semestinya lebih dari itu (tidak melakukan jabat tangan) (Tarhut Tatsrib VII/45-46).

ÙˆÙ‚Ű§Ù„ ولي Ű§Ù„ŰŻÙŠÙ† Ű§Ù„ŰčŰ±Ű§Ù‚ÙŠ :
وفيه : ŰŁÙ†Ù‡ Űčليه Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… لم ŰȘÙ…Űł ÙŠŰŻÙ‡ Ù‚Ű· ÙŠŰŻ Ű§Ù…Ű±ŰŁŰ© ŰșÙŠŰ± ŰČÙˆŰŹŰ§ŰȘه ÙˆÙ…Ű§ ملكŰȘ يمينه ، Ù„Ű§ في Ù…ŰšŰ§ÙŠŰčŰ© ، ÙˆÙ„Ű§ في ŰșÙŠŰ±Ù‡Ű§ ، ÙˆŰ„Ű°Ű§ لم يفŰčل هو Ű°Ù„Ùƒ مŰč ŰčŰ”Ù…ŰȘه ÙˆŰ§Ù†ŰȘÙŰ§ŰĄ Ű§Ù„Ű±ÙŠŰšŰ© في Ű­Ù‚Ù‡ : فŰșÙŠŰ±Ù‡ ŰŁÙˆÙ„Ù‰ ŰšŰ°Ù„Ùƒ ، ÙˆŰ§Ù„ŰžŰ§Ù‡Ű± ŰŁÙ†Ù‡ ÙƒŰ§Ù† يمŰȘنŰč من Ű°Ù„Ùƒ لŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ…Ù‡ Űčليه ؛ ÙŰ„Ù†Ù‡ لم يُŰčŰŻَّ ŰŹÙˆŰ§ŰČه من ŰźŰ”Ű§ŰŠŰ”Ù‡ ، ÙˆÙ‚ŰŻ Ù‚Ű§Ù„ Ű§Ù„ÙÙ‚Ù‡Ű§ŰĄ من ŰŁŰ”Ű­Ű§ŰšÙ†Ű§ وŰșÙŠŰ±Ù‡Ù… : Ű„Ù†Ù‡ ÙŠŰ­Ű±Ù… Ù…Űł Ű§Ù„ŰŁŰŹÙ†ŰšÙŠŰ© ولو في ŰșÙŠŰ± ŰčÙˆŰ±ŰȘÙ‡Ű§ ÙƒŰ§Ù„ÙˆŰŹÙ‡ ، ÙˆŰ„Ù† ۧ۟ŰȘÙ„ÙÙˆŰ§ في ŰŹÙˆŰ§ŰČ Ű§Ù„Ù†ŰžŰ± Ű­ÙŠŰ« Ù„Ű§ ŰŽÙ‡ÙˆŰ© ÙˆÙ„Ű§ ŰźÙˆÙ فŰȘÙ†Ű©، فŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ… Ű§Ù„Ù…Űł ŰąÙƒŰŻ من ŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ… Ű§Ù„Ù†ŰžŰ± ، ÙˆÙ…Ű­Ù„ Ű§Ù„ŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ… Ù…Ű§ ۄ۰ۧ لم ŰȘŰŻŰč Ù„Ű°Ù„Ùƒ Ű¶Ű±ÙˆŰ±Ű© ÙŰ„Ù† ÙƒŰ§Ù† Ű¶Ű±ÙˆŰ±Ű© كŰȘŰ·ŰšÙŠŰš ÙˆÙŰ”ŰŻ ÙˆŰ­ŰŹŰ§Ù…Ű© وقلŰč ۶۱۳ ÙˆÙƒŰ­Ù„ Űčين ÙˆÙ†Ű­ÙˆÙ‡Ű§ Ù…Ù…Ű§ Ù„Ű§ ÙŠÙˆŰŹŰŻ Ű§Ù…Ű±ŰŁŰ© ŰȘفŰčله ۏۧŰČ Ù„Ù„Ű±ŰŹÙ„ Ű§Ù„ŰŁŰŹÙ†ŰšÙŠ فŰčله Ù„Ù„Ű¶Ű±ÙˆŰ±Ű© .

4. Mdzhab Hanbali. Hukumnya haram berjabat tangan (Al-Adab Asy-Syar'iyyah II/257).

ÙˆÙ‚Ű§Ù„ Ű§ŰšÙ† Ù…ÙÙ„Ű­ :
ÙˆŰłŰŠÙ„ ŰŁŰšÙˆ Űčۚۯ Ű§Ù„Ù„Ù‡ – ŰŁÙŠ Ű§Ù„Ű„Ù…Ű§Ù… ŰŁŰ­Ù…ŰŻ – Űčن Ű§Ù„Ű±ŰŹÙ„ ÙŠŰ”Ű§ÙŰ­ Ű§Ù„Ù…Ű±ŰŁŰ© Ù‚Ű§Ù„ : Ù„Ű§ ÙˆŰŽŰŻŰŻ فيه ۏۯًۧ ، قلŰȘ : ÙÙŠŰ”Ű§ÙŰ­Ù‡Ű§ ŰšŰ«ÙˆŰšÙ‡ ؟ Ù‚Ű§Ù„ : Ù„Ű§ ...
ÙˆŰ§Ù„ŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ… ۧ۟ŰȘÙŠŰ§Ű± Ű§Ù„ŰŽÙŠŰź ŰȘقي Ű§Ù„ŰŻÙŠÙ† ، وŰčلل ŰšŰŁÙ† Ű§Ù„Ù…Ù„Ű§Ù…ŰłŰ© ŰŁŰšÙ„Űș من Ű§Ù„Ù†ŰžŰ± )

Siapa Lelaki Dayus?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang Allah tidak akan lihat (bermakna tiada bantuan daripada dikenakan azab) mereka pada hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Nasaie)

Dayus disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu daripada Ammar bin Yasir berkata, dia mendengar daripada Rasulullah SAW berkata: “Tiga golongan yang tidak akan memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak.” Lalu sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?” Berkata Nabi: “Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya).” (Hadis Riwayat Al-Tabrani: Majma az-Zawaid, 4/327)

Daripada hadis di atas, maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dengan siapa isteri dan anaknya bersama dan bertemu. Malah, ada yang membiarkan sahaja isteri dan anak perempuannya dipegang lelaki lain.

Soalan yang sama daripada sahabat mengenai siapakah dayus? Lalu jawab Nabi SAW, maksudnya: “Apakah dayus itu wahai Rasulullah?” Jawab Nabi: “Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, membuka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya).” (Hadis Riwayat Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).

Tafsiran golongan ulama berkenaan istilah dayus adalah “Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya).”

Imam Al-‘Aini berkata: “Cemburu lawannya dayus.” Berkata pula Al-Nuhas, “Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya daripada ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram." 

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir, maksudnya: “Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) apabila dia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya dia tidak mengubahnya.”

Al-Munawi mencatatkan kata-kata Imam Ibn Qayyim berkenaan dayus: "Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga), dan barang siapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga jauh daripada kejahatan dan perkara keji. Tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali." (Faidhul Qadir, Al-Munawi, 3/430)

Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar, maksudnya: “Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu daripada isterinya dan diharamkan bergaul dengannya)."

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang dipakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki. Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrif golongan ulama mengenai erti dayus dan istilah yang hampir dengannya, maksudnya: “Al-Qawwad (istilah yang disamakan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah ’orang tengah’ kepada zina.”

Imam al-Zahabi berkata, maksudnya: "Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan dia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat.” (Al-kabair, 1/45)

Cemburu dituntut Islam

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu. Sebenarnya, kita perlu fahami bahawa ia adalah tuntutan Islam dan menunjukkan suami yang bertanggungjawab.

Bergembiralah si suami yang memperoleh isteri solehah. Ini kerana, tanpa sebarang campur tangan dan nasihat daripada suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Daripada tanda kebahagiaan anak Adam adalah memperoleh wanita solehah (isteri dan anak).” (Hadis Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168)

Jika seorang bapa mengetahui perbuatan ‘ringan-ringan’ anak perempuan atau lelaki mereka dan membiarkannya, maka dia adalah dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau terlanjur sebelum kahwin dan tanpa taubat yang sebenar-benarnya, sudah pastilah rumah tangga mereka akan goyah.

Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan perbuatan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain. Hanya dengan bertaubat nasuha dapat menghalang aktiviti mungkar itu daripada melepasi alam rumah tangga mereka.

Jika hal ini dibiarkan, ia akan merebak pula kepada anak mereka, seterusnya kepada zuriat mereka. Awas! Dalam hal ini, semua suami dan bapa perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka daripada dianggap sebagai dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala menyemak telefon bimbit dan beg isteri untuk memastikan tiada yang diragui.

Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka, demi menjaga maruah dan kehormatan isteri serta anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa pada zaman Nabi Muhammad SAW, maksudnya: "Berkata Ubadah bin Somit r.a: Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteri ku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedang ku, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu Nabi memberi jawapan: “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad?

Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu daripada ku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Lihat betapa Allah SWT dan Rasul-Nya menginginkan golongan suami dan ayah mempunyai sifat pelindung kepada ahli keluarga daripada melakukan sebarang perkara keji dan mungkar.

Lelaki menjadi dayus apabila:

1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain selama mereka bekerja atau di luar rumah.

2. Membiarkan isterinya pulang lewat, serta tidak diketahui bersama siapa, serta apa yang dibuatnya ketika dia bekerja.

3. Membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terdedah (terselak kain) ketika menaiki apa jua kenderaan.

4. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya.

5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahramnya di rumah. Kononnya, ibu bapa mereka sporting dan memahami.

6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang menjolok mata di luar rumah.

7. Membiarkan anak perempuan menyertai akademi hiburan yang boleh mempamerkan kecantikan mereka kepada jutaan manusia bukan mahram.

8. Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan membiarkan mereka berpelukan dengan lelaki lain. Kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon, nafsu seorang lelaki itu akan hilang? Tidak sekali-sekali!

9.  Membiarkan isteri bekerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahan kan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Kemuskilan Agama : Adab-adab Bercakap.

Soalan Ke Tujuh Puluh  : Bolehkah ustaz jelaskan adab-adab bercakap supaya seseorang muslim itu boleh mengelakkan diri daripada mendapat dosa kerana percakapannya. Dalam hadis nabi ada menjelaskan bahawa salah satu yang banyak memasukkan manusia ke dalam neraka adalah kerana lidahnya (percakapannya) yang  tidak dapat di kawal.

Jawapan :

Adab Bercakap Dalam Islam

1- Semua perkataan mestilah membawa kebaikan.

Nabi SAW bersabda maksudnya, "Sesiapa yang beriman kpd Allah dan hari akhirat, maka hendaklah berkata baik atau lebih baik dia diam" (HR Bukhari dan Muslim)

2- Bercakap mestilah jelas dan benar.

Aisyah berkata: "Bahawasanya Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga difahami oleh semua yang mendengarnya." (HR Abu Daud)

3- Seimbang dan menjauhi sikap berdolak-dalih.

Sabda Nabi SAW maksudnya, "Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersikap sombong dan bercakap." (HR Tirmizi-hadis Hassan)

4- Menghindari banyak bercakap, kerana ditakuti membosankan orang yang mendengarnya.

Hadis riwayat Wail : Adalah Ibnu Masud sentiasa mengajar kami setiap Khamis, maka berkata seorang lelaki, Wahai Abu Abdul Rahman (gelaran kepada Ibnu Masud) kamu mahu mengajar kami pada setiap hari? Ibnu Masud menjawab: Sesungguhnya tiada yang dapat menghalangku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pernah meminta yang demikian daripada Rasulullah SAW dan baginda menjawab: aku khuatir membosankan kamu. " (HR Muttafaq alaih)

5- Menghindari daripada menyatakan yang batil.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredahai Allah yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan sedemikian sehingga dicatat oleh Allah keredaanNya bagi orang tersebut hingga hari kiamat. Dan lelaki mengucapkan satu kata yang dikurkai Allah yg tidak dikiranya akan demikian, maka Allah akan mencatat yang demikian hingga kiamat." (HR Tirmizi, katanya hadis hassan sahih. Juga riwayat Ibnu Majah)

6- Mengulangi kata-kata yang penting, jika diperlukan.

Anas berkata apabila Nabi SAW bercakap, maka baginda akan mengulanginya sampai 3 kali sehingga semua yang mendengar menjadi faham dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda akan mengucap salam 3 kali." (HR Bukhari)

7- Menjauhi perdebatan sengit.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Tidak sesat sesuatu kaum setelah mendapat hidayah, melainkan kerana terlalu banyak berdebat." (HR Ahmad dan Tamizi)

8- Menjauhi kata keji, mencela dan melaknat.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Bukanlah seorang mukmin jika ia suka mencela, melaknat dan berkata-kat keji. " (HR Tarmizi dan Sanadnya Sahih)

9- Menghindari banyak kelakar.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah di hari akhirat ialah orang yang suka membuat manusia lain ketawa." (HR Bukhari)

10- Menghina atau aibkan orang lain.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Jika seseorang menceritakan satu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya." (HR Abu Daud dan Tarmizi)

11- Menghindari dusta.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Tanda-tanda munafik ada 3: Jika bercakap, ia berdusta, jika ia berjanji ia mungkiri dan jika ia diberi amanah, ia khianat." (HR Bukhari)

12- Menghindari ghibah (umpat mengumpat) dan adu domba.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Janganlah kamu saling mendengki, dan janganlah kamu saling benci dan janganlah kamu saling berkata-kata keji dan janganlah kamu saling berpaling muka dan janganlah kamu saling umpat mengumpat (ghibah) dengan yang lain dan jadilah hamba Allah yang bersaudara." (HR Muttafaq Alaih)

Ayat-ayat al-Quran menjelaskan perintah Allah SWT supaya menjaga percakapan.

Kita dikurniakan mulut untuk berkata-kata. Namun bagi setiap perkataan yang diperkatakan pasti ada kesannya kepada orang lain dan kepada diri kita sendiri. Oleh itu, kita haruslah berhati-hati dengan percakapan kita. Allah S.W.T berfirman dalam Surah Qaaf, ayat17-18 :-

Firman Allah SWT maksudnya, "Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Surah Qaaf ayat 17-18)